KUALA LUMPUR :Proses bedah siasat dua jenazah mangsa nahas helikopter yang terhempas di Taman Melawati pada Ahad dijangka dijalankan pada Isnin.
Abang sulung kepada Allahyarham Mohd Izani Fikri Mohamed Rawi yang terkorban dalam kemalangan itu, Dr Mohd Ezani, berkata mereka dimaklumkan ujian saringan COVID-19 perlu dilakukan terlebih dahulu ke atas jenazah mangsa.
“Selepas keputusan COVID-19 baru proses bedah siasat akan diteruskan.
“Tetapi kalau positif, Kementerian Kesihatan akan mengambil terus (melakukan proses sewajarnya), itu prosedur operasi standard (SOP).
“Sekiranya negatif, bedah siasat dijangka esok. Hari ini (Ahad) akan ambil sampel darah,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di sini pada Ahad.
Jelas beliau, setakat ini pihak keluarga masih belum dibenarkan untuk melakukan proses pengecaman jenazah.
“Tiada siapa lagi dibenarkan sebab keputusan COVID-19 belum diketahui lagi.
“Sekarang ini semua (jenazah) diasingkan. Maksudnya, mereka perlu sahkan terlebih dahulu sama ada positif atau negatif,” ujar beliau lagi.
Terdahulu jenazah Mohd Fikri, 44, dan Mohd Sobri Baharom, 56, tiba di HCTM kira-kira jam 4.23 petang.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, dua buah helikopter (9M-HCA dan 9M-HCB) jenis G2CA yang sedang melakukan latihan penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang dilaporkan bertembung.
Akibat daripada pertembungan tersebut, salah sebuah helikopter terhempas, sementara sebuah lagi berjaya membuat pendaratan cemas di kawasan lapang berdekatan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Melawati.
Hasimi Muhamad
Sun Nov 08 2020
Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, dua buah helikopter yang melakukan latihan penerbangan dari LTSAAS, Subang dilaporkan bertembung. -Gambar/ Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
5 cedera helikopter Tentera Laut Filipina terhempas
Lima orang termasuk dua juruterbang, cedera selepas sebuah helikopter Tentera Laut Filipina terhempas pada Khamis di sebuah lapangan terbang di wilayah Cavite, selatan Manila.
Sekurang-kurangnya 4 maut dalam nahas helikopter di Rusia
Helikopter Mi-2 terhempas berhampiran kampung Beleyenki, kira-kira 700 kilometer di timur laut Moscow.
Tragedi helikopter terhempas di Houston, beberapa mangsa termasuk kanak-kanak terkorban
Beberapa mangsa termasuk seorang kanak-kanak disahkan terkorban dalam insiden helikopter terhempas di menara radio di Houston pada malam Ahad.
17 mayat mangsa nahas helikopter terhempas di Rusia ditemui
Sebanyak 17 mayat mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter Mi-8 terhempas di Semenanjung Kamchatka, timur Rusia telah ditemukan pada Ahad di lokasi kejadian.
Seorang maut dua cedera, helikopter terhempas di atas bumbung hotel
Sebuah helikopter terhempas di atas bumbung sebuah hotel di Queensland Utara, Australia awal pagi Isnin, mengakibatkan juruterbangnya maut manakala dua individu lain cedera, lapor Xinhua.
Nahas helikopter di Nepal ragut nyawa juruterbang, 4 penumpang warga China
Helikopter yang membawa empat penumpang warga China itu terputus hubungan dengan menara kawalan di Kathmandu tiga minit selepas berlepas.
2 juruterbang maut helikopter bertembung, terhempas di Australia
Dua helikopter dilaporkan bertembung di udara pada Khamis di barat Australia, lapor Xinhua.
Helikopter hilang ditemukan di timur Rusia, 4 terkorban
Juruterbang dan tiga penumpang disahkan maut.
Bangkai helikopter Pasukan Pertahanan Maritim Jepun ditemukan di dasar laut
Bangkai sebuah helikopter Pasukan Pertahanan Maritim Jepun (JMSDF) yang hilang pada April telah ditemukan di dasar laut pada Sabtu.
1 maut, 2 hilang helikopter terhempas di Hawaii
Seorang disahkan maut dan dua lagi masih hilang selepas sebuah helikopter terhempas ke laut di Kauai, Hawaii pada Khamis, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.