awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 maut nahas helikopter di rantau Magadan, Rusia

Bernama
Bernama
14/03/2024
08:55 MYT
2 maut nahas helikopter  di rantau Magadan, Rusia
Tiga helikopter penyelamat telah digerakkan ke lokasi nahas. - Gambar hiasan
VLADIVOSTOK: Dua maut manakala dua lagi mengalami kecederaan apabila sebuah helikopter Mi-8 terhempas di rantau Magadan, Rusia pada Khamis, lapor media tempatan.
"Helikopter Mi-8 itu membawa 20 pekerja dari sebuah lombong di rantau Magadan. Ia telah terhempas. Dua orang maut dan nasib yang lain tidak diketahui," Xinhua memetik laporan agensi berita Interfax Rusia yang memetik perkhidmatan kecemasan tempatan.
Insiden itu berlaku ketika helikopter itu melakukan pendaratan sukar, 75km dari Evensk, sebuah bandar terletak di Magadan Oblast di Timur Jauh Rusia.
"Menurut data awal, semasa pemindahan pekerja yang bertukar syif di kawasan nahas, keadaan cuaca buruk dan faktor manusia turut diambil kira," kata perkhidmatan kecemasan.
Dua helikopter penyelamat dari Kolyma Aviation telah digerakkan ke lokasi nahas dan sebuah lagi dari Kementerian Situasi Kecemasan Rusia turut dikerahkan ke sana.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#helikopter terhempas
#Rusia
#magadan
#pekerja lombong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan