Seramai 19 orang telah disahkan tercedera dalam kejadian helikopter Nuri terhempas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung di Tawau, Sabah pagi ini.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata, mereka terdiri daripada lima orang pelajar sekolah dan 14 kru pesawat yang berada di dalam helikopter tersebut, termasuk juruterbangnya.
"Kesemua mereka yang cedera telah dihantar ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan dan rawatan. Beberapa pelajar lain juga dikatakan trauma.
"Sekarang, pihak hospital bersama dengan Jabatan Pertahanan Awam, bomba, Jabatan Penerbangan Awam, penyiasat dalaman tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengawal tempat kejadian dan akan menjalankan penyiasatan sepenuhnya," katanya pada satu sidang media di Tawau.
Berikutan kejadian itu, menurut Fadil, SMK Balung diarahkan ditutup buat sementara waktu memandangkan seluruh sekolah itu merupakan tempat kejadian.
Video sidang media itu dimuat naik dalam laman Facebook PDRM.
BACA: Helikopter TUDM terhempas di sekolah dalam pendaratan cemas
Fadil berkata, antara mereka yang cedera, ada yang dalam keadaan parah, sambil menambah, juruterbang helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia itu merupakan mangsa terakhir dibawa keluar dari pesawat itu.
Beliau juga berkata, para pelajar sekolah itu telah digerakkan keluar dari kawasan sekolah yang kini merupakan kawasan larangan.
T K Letchumy Tamboo
Tue Oct 04 2016
Sembilan belas orang telah disahkan tercedera dalam kejadian helikopter terhempas mengenai bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Balung di Tawau pagi ini. - Gambar ihsan SMK Balung
AWANI Ringkas: LHDN giat buru pihak culas bayar cukai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Scarborough Shoal: Filipina tuduh China rosakkan kapalnya
Pengawal pantai Filipina menuduh pasukan pengawal pantai China mengganggu dan merosakkan salah sebuah kapalnya di kawasan terpencil dan terumbu di Laut China Selatan, Scarborough Shoal yang menjadi pertikaian kedua buah negara.
LHDN pergiat 'buru' syarikat, individu culas bayar cukai
LHDN tidak memilih bulu dan akan mengambil tindakan sewajarnya kepada semua pihak yang mempunyai tanggungjawab terhadap pembayaran cukai.
Tak cadang lanjut tempoh laksana sistem e-invois - LHDN
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan menjadi kumpulan pertama untuk terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
Che'gu Bard mengaku tidak salah tuduhan akta hasutan
Ahli Jawatankuas Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin aay Che'gu Bard mengaku tidak salah pertuduhan membuat penerbitan menghasut berhubung projek kasino di Forest City menerusi media sosial.
Anak KPD maut tertembak: Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan maklumat kandungan dalam telefon bimbit mangsa.
Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan
Beliau berkata Wan Muhammad Azri ditahan di rumahnya di Setapak tengah hari tadi.
Nahas helikopter Lumut: 'Wira negara, damailah kalian di sana...'
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia.
LHDN tak cadang lanjut tempoh kuat kuasa e-invois, beri pendidikan kepada PKS
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Insiden Pulau Angsa: Kotak hitam helikopter Maritim Malaysia ditemui
Setelah berjaya dinaikkan dari dasar laut, kotak hitam berkenaan telah dibawa ke makmal untuk dianalisis data rakaman.
Pendaratan cemas elak keadaan lebih mudarat - Pakar penerbangan
Lazimnya ia berlaku apabila kemungkinan situasi itu tidak dapat diatasi dalam masa terdekat dan perlu dilakukan.
Helikopter APMM lakukan pendaratan cemas di Pulau Angsa
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.55 pagi Selasa ketika melakukan latihan menyelamat.
Helikopter bawa enam penumpang terhempas di Norway
Kesemua penumpang yang berada di dalam helikopter tersebut berjaya dibawa ke darat, namun, keadaan mereka belum jelas pada masa ini.
India lulus pemerolehan senjata bernilai AS$26 bilion
Kementerian Pertahanan India meluluskan pemerolehan senjata, termasuk jet pejuang dan helikopter, bernilai 2.23 trilion rupee.
'Joyride' menaiki helikopter tarikan di KUAM'23
Orang ramai berpeluang mengelilingi ruang udara Melaka ke Batu Pahat, Johor dengan menaiki helikopter apabila aktiviti Joyride disenaraikan pada Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023 (KUAM'23).
Dewan Rakyat panas kerana isu helikopter PM, TPM
Takiyuddin mempersoalkan mengapa tiga buah helikopter digunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi menghadiri program yang tidak begitu besar di Sungai Besar, Selangor.
TDM dijangka terima dua Black Hawk - PTD
Tentera Darat Malaysia (TDM) dijangka menerima dua daripada empat buah helikopter jenis Black Hawk pada hujung tahun ini.
Kapal kargo terbakar di Pulau Belanda, seorang maut
Sebuah kapal kargo yang membawa kira-kira 3,000 kereta dari pulau Ameland Belanda di Laut Wadden terbakar pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).