awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter terhempas di Subang dalam penerbangan persendirian dari Pahang - CAAM

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/03/2021
06:03 MYT
Helikopter terhempas di Subang dalam penerbangan persendirian dari Pahang - CAAM
Sebuah helikopter jenis Airbus H125 terhempas dalam kejadian di Lapangan Terbang Subang pagi tadi. Kesemua lima individu dalam helikopter itu terselamat. - Foto BERNAMA
SUBANG: Sebuah helikopter yang terhempas di kawasan kargo Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini hari ini dilaporkan sedang membuat penerbangan persendirian.
Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu kenyataan memaklumkan helikopter yang dikendalikan oleh Leopad Aviation Sdn Bhd telah berlepas dari Sungai Lembing, Pahang pada jam 8.30 pagi ke Subang melalui Maran, Temerloh, Karak dan Batu Caves.
CAAM turut mengesahkan kemalangan berlaku pada 9.25 pagi membabitkan Airbus Helicopter AS350 B3.
BACA: Helikopter terhempas di Subang, dua cedera
Ketika kejadian, helikopter tersebut membawa empat penumpang, dengan seorang juruterbang.
“Dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan sedang menerima bantuan perubatan sementara tiga lagi mangsa berada dalam keadaan stabil.
“Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” demikian menurut kenyataan tersebut.
Nahas | Perkembangan insiden helikopter terhempas di Lapangan Terbang Subang
Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM), Norazam Khamis berkata sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.26 pagi.
Topic Berkaitan
#helikopter terhempas
#helikopter terhempas di Subang
#nahas helikopter Subang
#pihak berkuasa penerbangan awam malaysia
#CAAM
#Leopad Aviation Sdn Bhd
#penerbangan
#Airbus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan