KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa semua pihak terutama ahli politik supaya berhenti berpolitik, sebaliknya memberi fokus kepada usaha membantu rakyat yang sedang mengalami kesusahan akibat pandemik COVID-19.
Beliau berkata, dalam keadaan jumlah kes COVID-19 yang masih tinggi, semua pihak perlu bersatu dan bersama-sama untuk memerangi pandemik itu.
"Janganlah kita berpolitik dalam keadaan sekarang ini kerana rakyat sedang mengalami kesusahan dan memerlukan fokus sepenuhnya bukan sahaja daripada kerajaan tetapi juga parti-parti politik supaya kita dapat membantu rakyat.
"Sekarang ini fokus kita mestilah membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan dan dalam masa yang sama strategi untuk menentang COVID-19 ini perlu juga disokong oleh semua," katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.
PPR Kerinchi dikenakan PKPD bermula 3 hingga 16 Julai.
Ismail Sabri berkata, sejak Januari lepas hingga kini, lebih 500,000 bakul makanan bernilai lebih RM50 juta telah diagihkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada rakyat yang terkesan dengan COVID-19.
Beliau berkata, di bawah Program Kasih Prihatin pula kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta melibatkan sumbangan RM100 seorang kepada kira-kira 300,000 rakyat yang diagihkan mulai bulan ini hingga September ini.
"Walaupun bantuan ini bukan secara tunai, mereka boleh ke kedai-kedai terpilih sebanyak lebih 300 rantaiannya dan hanya perlu menunjukkan kad pengenalan seterusnya mereka boleh mendapatkan barangan bernilai RM100 secara percuma. Ini sebagai tambahan kepada bakul makanan ini," katanya.
Beliau berkata, selain bantuan kerajaan, majlis agama Islam di negeri-negeri serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menyalurkan bantuan makanan dan barangan kepada mereka yang memerlukan.
Justeru, Ismail Sabri menggesa mana-mana pihak yang memerlukan bantuan atau terputus bekalan makanan supaya menghubungi Bilik Gerakan JKM di daerah masing-masing yang dibuka 24 jam setiap hari dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen untuk mendapatkan bantuan.
"Mereka juga boleh merujuk kepada pusat zakat negeri masing-masing untuk mendapatkan bantuan. Banyak masjid dan surau juga menyediakan gerobok rezeki. Jika ada masalah terus berhubung dengan pihak berkaitan. Kita tak nak tengok ada yang tidak makan satu, dua hari dan sebagainya.
"Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku kerana kita ada banyak tempat untuk mereka buat aduan dan mendapatkan bantuan," katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat dan pihak NGO yang turut sama membantu kerajaan menyalurkan bantuan makanan dan barangan kepada mereka yang dalam kesusahan.
Beliau berkata, pihaknya akan berbincang dengan NGO untuk memudahkan pergerakan mereka terutamanya di kawasan yang terlibat dengan PKPD.
"Saya akan melihat secara terperinci bagaimana hendak membantu pergerakan mereka. Pergerakan sekarang memang agak sukar kerana dalam prosedur operasi standard (SOP), pergerakan antara daerah hanya boleh dilakukan apabila Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara.
"Sekarang kita masih di Fasa Satu dan ada (beberapa negeri) yang dah masuk Fasa Dua, pergerakan masih lagi terhad. Saya akan bincang perkara ini dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun bersetuju supaya saya melihat perkara ini bagi membantu mempermudahkan urusan NGO untuk membantu," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 11 2021
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) bersama Datuk Seri Rina Mohd Harun melambaikan tangan kepada penduduk setempat semasa meninjau di PPR Kerinchi, Perumahan Pantai Permai yang dikenakan PKPD hari ini. Gambar BERNAMA
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.