KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan peniaga agar tidak menggunakan paku, dawai kokot dan bahan berbahaya seumpamanya pada pembungkusan makanan jualan mereka.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ini adalah kerana bahan-bahan tersebut boleh mendatangkan kecederaan serius kepada pengguna sekiranya tertelan atau termasuk dalam makanan.
Dalam masa sama, Dr Noor Hisham menegaskan, peniaga yang menggunakan barangan berbahaya pada pembungkusan makanan boleh didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.
“KKM mengambil maklum mengenai isu penggunaan paku bagi membungkus makanan yang tular di media sosial baru-baru ini dan pandangan pelbagai pihak yang khuatir akan bahaya trend kaedah pembungkusan makanan yang tidak selamat ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, hukuman yang lebih berat boleh dikenakan sekiranya bahan tersebut ditemui dalam makanan.
Kata beliau, berdasarkan Seksyen 13, Akta Makanan 1983 menjelaskan, sesiapa yang menyedia atau menjual apa-apa makanan di dalamnya mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya jika bersalah.
“Orang ramai terutama ibu bapa dinasihatkan untuk memeriksa terlebih dahulu makanan yang diberikan kepada anak-anak sebelum dimakan,” ujar Dr Noor Hisham lagi.
Jelas beliau, penyedia dan peniaga makanan juga diingatkan bahawa terdapat pelbagai kaedah lain yang lebih selamat dan sesuai untuk membungkus makanan dengan baik.
Eton Khir
Tue Jan 04 2022

Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil maklum isu penggunaan paku bagi membungkus makanan yang tular di media sosial baru-baru ini. Gambar Twitter

Keputusan kes Peter Anthony palsukan dokumen diketahui esok
Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 9 pagi.

Jurulatih wushu ditahan disyaki cabul dua pelajar bawah umur
Polis menahan seorang jurulatih wushu kerana dipercayai melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan, Isnin lepas.

Harga RON97 naik 37 sen kepada RM4.70, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik 37 sen seliter iaitu daripada RM4.33 kepada RM4.70 seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 12 Mei 2022 hingga 18 Mei 2022.

Haji | TH beri butiran penerbangan kepada bakal jemaah haji minggu depan
Jemaah haji akan menerima butiran penerbangan dan lapor diri di stesen berlepas daripada Lembaga Tabung Haji (TH) secara berperingkat mulai minggu depan.

Pemilihan PKR: Undi semula di 13 cabang Jumaat dan Sabtu ini
PKR menetapkan proses pengundian semula melibatkan 13 cabang di lima negeri akan dilaksanakan pada Jumaat dan Sabtu ini.

Cabul Atlet | Polis terima empat laporan berkaitan jurulatih wushu
Polis menerima empat laporan kes cabul kanak-kanak membabitkan seorang jurulatih wushu yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual ke atas atlet kendaliannya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Habibi Majinji berkata, polis menerima dua laporan masing-masing di Kuala Lumpur dan Selangor.

Kes lucut hak: Rosmah, Global Royalty tuntut rantai tangan berlian, Najib 7 utas jam tangan
Sebelum ini, pasukan peguam Rosmah memohon gambar barang kemas yang dirampas untuk memudahkan tuntutannya.

Sindiket latih golongan pencari kerja jadi scammer dikesan di Johor
Polis Johor kesan aktiviti itu hasil laporan yang dibuat mangsa yang hadir pada sesi temuduga dikendalikan sindiket berkenaan.

Malaysia tubuhkan C4IR, bakal dilancar separuh kedua 2022
Ia adalah untuk menyokong pencapaian wawasan menyeluruh Malaysia di bawah Dasar 4IR yang dilancarkan pada 2021 dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

Mahkamah | Wang dalam akaun saya cukup bayar kad kredit – Ahmad Zahid
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa baki wang dalam akaun peribadinya lebih daripada mencukupi untuk membayar kad kredit miliknya tanpa menggunakan dana Yayasan Akalbudi (YAB). Ahmad Zahid, 69, berkata akibat kecuaian bekas Setiausaha Eksekutifnya, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly, wanita itu telah membayar kad kredit peribadinya menggunakan cek yayasan itu.

Khairy Jamaluddin dilantik Naib Presiden WHA ke-75
Khairy Jamaluddin secara rasmi dilantik sebagai salah seorang Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 pada Ahad.

Risiko virus cacar monyet tersebar ke Malaysia rendah - Dr Noor Hisham
Risiko virus cacar monyet tersebar ke Malaysia adalah rendah kecuali sekiranya terdapat sejarah bersentuhan dengan haiwan dijangkiti ataupun kontak langsung dengan pesakit wabak itu.

KJ ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat WHO, WEF
Membincangkan status pelaksanaaan dasar, program, hala tuju, komitmen dan strategi baharu sektor kesihatan di bawah WHO.

Hanya seorang daripada lima pesakit hipertensi berjaya kawal penyakit - Dr Noor Hisham
Hanya seorang daripada lima pesakit hipertensi berjaya mengawal penyakit itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kes HFMD catat peningkatan 15 kali ganda - Dr Noor Hisham
Sehingga 14 Mei lalu, Selangor menyumbang jumlah kes terbesar berbanding negeri-negeri lain iaitu 8,864 kes (28 peratus).

Ambil langkah berjaga-jaga berikutan cuaca semakin panas, elak strok haba
Berikutan peningkatan suhu dan cuaca yang semakin panas, orang ramai dinasihat supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada mengalami strok haba.

COVID-19: Kes mingguan, kemasukan ke hospital meningkat
Kes baharu pada Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022 meningkat sebanyak 119.2 peratus (8,732 kes kepada 19,137 kes).

Kes HFMD di Negeri Sembilan meningkat 25 kali ganda
Kes HFMD di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan 25 kali ganda iaitu 1,446 kes sejak Januari lepas hingga kini berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Kes denggi, HFMD meningkat - Dr Noor Hisham
Kes denggi dalam negara dilaporkan meningkat daripada 967 kes pada Minggu Epid (ME) 16/2022 kepada 1,021 kes pada ME 17/2022, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan turun 15 peratus
Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 20 peratus dari ME pertama sehingga ME ke-17.