awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hentikan budaya persenda agama di sekolah - KPM

Faida Rahim
Faida Rahim
09/02/2023
13:26 MYT
Hentikan budaya persenda agama di sekolah - KPM
KPM memandang serius terhadap isu ini dan menegaskan hal agama tidak boleh dijadikan persendaan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan negara.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi dalam hal yang melibatkan pengurusan sekolah khususnya terhadap perkara yang boleh menggugat perpaduan kaum dan agama.
Dalam satu kenyataan media pada Khamis, KPM memaklumkan, ia memandang serius terhadap isu ini dan menegaskan hal agama tidak boleh dijadikan persendaan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan negara.
KPM telah mendapatkan maklum balas awal daripada pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) berhubung kenyataan sebuah video tular, dan siasatan awal telah dijalankan segera bagi mendapatkan kesahihan maklumat.
"Sehubungan dengan itu, siasatan lanjut dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan persendaan kaum atau agama.
"Pada masa yang sama, KPM juga akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya terdapat laporan polis dibuat mengenai isu tersebut," katanya KPM.
Terdahulu, sebuah video sidang media tular di Facebook pada 8 Februari 2023 berkaitan dakwaan guru meminta murid menukar agama.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Kementerian Pendidikan
#video tular
#henti persenda agama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan