awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hentikan segala spekulasi, tohmahan demi kebaikan negeri - Raja Perlis

Bernama
Bernama
28/12/2025
22:00 MYT
Hentikan segala spekulasi, tohmahan demi kebaikan negeri - Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin berkenan bergambar bersama Abu Bakar (tujuh, kiri), serta sebahagian ADUN selepas Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perlis di Istana Arau semalam. -- fotoBERNAMA
ARAU: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menitahkan agar segala spekulasi mahupun tohmahan dan perkara tidak diingini dihentikan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah daripada Bersatu dilantik sebagai Menteri Besar yang baharu semalam.

Ringkasan AI
  • Raja Perlis menitahkan untuk menghentikan spekulasi dan tohmahan berkaitan pelantikan Menteri Besar baharu selepas ADUN Kuala Perlis dari Bersatu dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang kesembilan.
  • Majlis Istiadat Pelantikan Menteri Besar diadakan awal kali setelah lima tahun kerana Menteri Besar sedia ada meletak jawatan atas faktor kesihatan, dengan Raja Perlis memilih Abu Bakar Hamzah selepas pertimbangan mendalam dan pandangan wakil rakyat.
  • Raja Perlis menyeru agar wakil rakyat bersatu dan bekerjasama demi kepentingan negeri Perlis serta menghargai tugas Menteri Besar terdahulu, Mohd Shukri Ramli, yang meletak jawatan atas faktor kesihatan.

Baginda bertitah pada kebiasaannya, Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar diadakan setiap lima tahun namun kali ini ia sedikit berbeza kerana menteri besar sedia ada meletakkan jawatan atas faktor kesihatan sekali gus memerlukan pelantikan baharu.
"Bermacam-macam spekulasi serta tohmahan, tuduhan dan perkara tidak diingini telah berlaku serta disebut... Beta harap selepas ini semua perkara itu dihentikan demi kebaikan negeri," titah Tuanku Syed Sirajuddin pada Majlis Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perlis yang baharu di Bilik Hijau, Istana Arau di sini.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah bahawa keputusan melantik Abu Bakar diambil selepas baginda memikirkannya secara mendalam selain mengambil kira pandangan wakil-wakil rakyat di Perlis.
Sehubungan itu, baginda bertitah agar semua wakil rakyat menerima keputusan tersebut demi kebaikan rakyat dan pembangunan Perlis pada masa akan datang.
"Kebanyakan wakil rakyat telah beritahu (mereka) berserah kepada beta untuk membuat pilihan, dan mereka sanggup menerima siapa sahaja.
"Beta tanya juga wakil-wakil rakyat sebentar tadi, ada tak renggang antara dua parti ini (PAS dan Bersatu) dan macam mana nak perbetul dan perapat balik supaya boleh bekerja sebagai satu... jadi, semua dah terima hakikat bahawa (mereka) kenalah bekerjasama untuk kepentingan negeri dan rakyat," titah baginda.
Tuanku Syed Sirajuddin juga menitahkan agar semua ADUN Perikatan Nasional (PN) di Perlis kembali bersatu dan bekerjasama sebagai satu parti demi kepentingan negeri itu serta rakyatnya.
Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Mohd Shukri Ramli yang telah menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Perlis selama tiga tahun.
Pada majlis itu, Abu Bakar dilantik sebagai Menteri Besar Perlis Kesembilan dan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Tuanku Syed Sirajuddin pada 4.04 petang.
Ia susulan peletakan jawatan Mohd Shukri, yang juga ADUN Sanglang, sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela kerana faktor kesihatan seperti diumumkan pada 25 Dis lepas.
Sebelum itu, Speaker DUN Perlis Rus'sele Eizan turut mengumumkan kekosongan luar jangka bagi kerusi Chuping, Bintong dan Guar Sanji selaras dengan Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.
Kekosongan itu berlaku selepas PAS pada 24 Dis lepas mengumumkan bahawa keahlian tiga ADUN parti tersebut iaitu Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) terhenti susulan tindakan mereka menarik balik sokongan terhadap Mohd Shukri.
Pada PRU15, PN menguasai 14 daripada 15 kerusi DUN Perlis dengan sembilan dimenangi oleh PAS dan lima oleh Bersatu manakala Pakatan Harapan menerusi PKR memenangi satu kerusi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MB Perlis
#Raja Perlis
#Perikatan Nasional
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan