Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan penghakiman berhubung rayuan dikemukakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penerbitan mingguan Katolik, The Herald, menggunakan kalimah 'Allah'.
Panel tiga anggota dipengerusikan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali menyatakan mahkamah akan menyampaikan penghakimannya menjelang Oktober.
Hakim Mohamed Apandi berkata mahkamah menangguhkan keputusannya ke satu tarikh akan ditetapkan kemudian kerana mereka memerlukan masa untuk meneliti hujahan, pelbagai dokumen dan lampiran.
"Kami akan memberikan penghakiman bertulis. Kami tidak akan mengambil masa terlalu lama. Kami mengambil kira sebagai notis kehakiman akan kehadiran kumpulan orang ramai di luar mahkamah yang dengan sendirinya menunjukkan sensitiviti kes ini," kata Hakim Mohamed Apandi yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Pada 16 Feb, 2010, gereja itu memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.
Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.
Pada 31 Dis, 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sisi undang-undang, tidak sah dan batal.
Kerajaan kemudiannya mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
Dalam prosiding hari ini, mahkamah mendengar hujahan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili kerajaan, peguam-peguam yang mewakili enam Majlis Agama Islam Negeri, Persatuan Cina Muslim Malaysia dan peguam mewakili Gereja Katolik.
Suzana berhujah Menteri Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam versi Bahasa Malaysia The Herald atas sebab keselamatan negara dan ketenteraman awam.
Katanya perintah larangan itu dikeluarkan kerana ia menyentuh sensitiviti agama Islam.
Suzana berkata penggunaan kalimah 'Allah' dalam versi Bahasa Malaysia The Herald sebagai terjemah perkataan 'Tuhan' mungkin akan menimbulkan kekeliruan, sensitiviti agama dan menjejaskan keharmonian orang Islam dan penganut Kristian.
"Kalimah 'Allah' bukan sekadar perkataan atau terjemahan perkataan Tuhan seperti digambarkan dalam The Herald.
"Umat Islam di negara ini amat sensitif akan isu agama, khususnya penggunaan kalimah 'Allah'. Ini kerana sekiranya seseorang merujuk kepada Allah, ia merujuk kepada Tuhan untuk umat Islam.
"Kalimah 'Allah' amat suci bagi umat Islam dan diletakkan pada kedudukan paling tinggi dan kesuciannya mesti dilindungi.
"Kalimah Allah merujuk kepada 'keesaan' dan tidak boleh menjadi sebahagian konsep Triniti iaitu Father (Bapa Tuhan), Son (Anak Tuhan) dan Holy Ghost (Roh Ghaib)," jelas beliau.
Suzana berkata Menteri Dalam Negeri telah bertindak mengikut "bidang kuasa mutlak" untuk melarang penerbitan itu daripada menggunakan kalimah "Allah" dan undang-undang memberikan bidang kuasa itu kepada beliau, dan dengan itu mahkamah perlu berhati-hati dalam membuat semakan semula terhadap keputusan berhubung perkara itu.
Suzana berkata Menteri Dalam Negeri juga bertindak mengikut undang-undang dan perlembagaan selaras dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 untuk membuat keputusan melarang penerbitan itu menggunakan kalimah tersebut.
Beliau berkata menteri juga mengambil kira pertimbangan relevan seperti keselamatan awam dan ketenteraman awam, pelbagai enakmen mengenai kawalan dan larangan ke atas penyebaran doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan umat Islam, dasar-dasar kerajaan dan sensitiviti agama.
Tiada bukti bahawa menteri telah bertindak dengan niat tidak baik atau tidak munasabah, katanya dan menurutnya larangan itu sebenarnya merupakan langkah pencegahan awal oleh menteri.
Peguam Mubashir Mansor, mewakili Majlis Agama Islam Negeri Terengganu, berkata The Herald turut disiarkan secara online, dengan itu boleh diakses oleh orang Islam.
Terdapat enakmen di Terengganu yang mengharamkan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam, katanya dan menurutnya enakmen itu bertujuan menghalang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada orang Islam.
Peguam Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, mewakili Majlis Agama Islam Selangor, berhujah tidak wujud penggunaan kalimah "Allah" dalam Bible versi bahasa Inggeris.
Oleh itu, katanya adalah tidak sesuai untuk menterjemahkan 'God' (Tuhan) sebagai Allah yang merujuk kepada Tuhan umat Islam.
Beliau berkata Islam mempunyai kedudukan istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan dan hal ehwal Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri-negeri dan di bawah Putrajaya bagi wilayah-wilayah persekutuan.
Bernama
Tue Sep 10 2013
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Malaysia #QuranHour 2022 ajak masyarakat hayati erti kemerdekaan - WUIF
Pelakon filem Mat Kilau pula Datuk Adi Putra diberikan penghormatan untuk membacakan ikrar untuk memerdekakan diri dari keburukan di jiwa.
Kembali kepada Tuhan, hadir sesuatu yang berharga dalam kehidupan - Aliff Aziz
Aliff Aziz bercakap tentang kerinduan membuat persembahan, kerinduan pada keluarga dan peluang menebus semula masa lalu.
'Ayah pesan sempurnakan kerja di sana kerana Allah' - Ebit Lew mohon doakan bapa terlantar sakit
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi di media sosialnya tentang berita terbaharu bapanya.
'Teruskan dan jangan berundur, kita mampu kembalikan kehidupan normal' - PM
Muhyiddin menzahirkan rasa kagum atas semangat yang ditunjukkan oleh semua lapisan masyarakat dalam mengekang wabak penularan COVID-19.
Ebit Liew masuk Gaza hari ini, serah dua treler ubat dan keperluan asas kepada rakyat Palestin
Ebit Lew mengakui air matanya tidak dapat dibendung lagi usia mengaminkan doa sejurus bantuan disampaikan.
Ustaz Ebit Lew bawa misi kemanusiaan bantu rakyat Palestin
Ebit Lew dan delegasinya akan menjalani bantuan misi kemanusiaan di Mesir pada 25 - 30 Mei 2021.
Pengawal peribadi dipukul: Kerajaan perlu wujudkan jawatankuasa khas elak hina agama
Kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengukuhkan perpaduan sesama rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini.
Ramadan: Jadikan tahun ini sebagai 'reset' beribadah
Jadikan Ramadan tahun ini sebagai peluang menetapkan semula atau 'reset' kehidupan untuk beribadah kepada Allah SWT.
Menjelang Ramadan: Apa maksud fidyah? Siapa wajib membayarnya?
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu.
Munaqasyah kedua isu kalimah Allah dua minggu lagi
Perbincangan kedua berhubung penggunaan kalimah Allah akan diadakan dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi.