Sejumlah 22 tabika dan taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), ditutup sementara susulan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Amiruddin Ariffin, daripada jumlah itu, tujuh tabika dan taska yang ditutup adalah di Selangor.
Penutupan premis pra-sekolah itu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dapat dilakukan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan.
“Kita sedang melakukan pemantauan. Sekarang ini, 22 tabika dan taska telah ditutup iaitu dua taska dan 20 buah taska keseluruhan di seluruh negara.
“Di Selangor sahaja kita ada lima buah tabika yang ditutup dan dua buah taska untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan seperti yang diminta oleh Kementerian Kesihatan,” katanya kepada Astro AWANI selepas merasmikan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS Parlimen Kota Raja di Kem Bumi Jati, Jalan Kebun, di sini hari ini.
Jelasnya, tabika dan taska terlibat hanya akan dibuka selepas premis berkenaan diyakini bersih dan bebas HFMD.
“Penutupan ini apabila ada kanak-kanak yang terkena jangkitan HFMD, jadi kita merujuk kepada Kementerian Kesihatan untuk menjalankan kerja pembersihan. Selepas bersih barulah kita menerima balik kanak-kanak,” katanya lagi.
Pada masa sama, KEMAS terus melaksanakan modul kebersihan dan mendidik kanak-kanak menjaga amalan kebersihan bagi mencegah penyakit berjangkit seperti HFMD
Dalam pada itu, ibu bapa diingatkan agar tidak membawa anak mereka ke taska atau tabika jika dijangkiti HFMD.
Langkah itu bagi mengelak penularan wabak penyakit kepada kanak-kanak lain.
“Kita sudah maklumkan kepada guru supaya memerhatikan kanak-kanak jika ada tanda-tanda seperti demam dan bintik-bintik merah dan rujuk kepada hospital.
“Kita minta kepada ibu bapa jika ada kanak-kanak yang terkena HFMD supaya tidak menghantar anak ke tabika kerana ia boleh dijangkiti pada kanak-kanak lain. Patuhilah saranan Kementerian Kesihatan supaya penyakit ini dapat dikawal dan tidak dijangkiti,” ujarnya.
Ketika ini, terdapat 11,119 tabika dan 505 taska KEMAS di seluruh negara.
Rahimah Abdullah
Wed Aug 01 2018
Amiruddin (dua dari kanan) mengingatkan ibu bapa agar tidak membawa anak mereka ke taska atau tabika jika dijangkiti HFMD.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
HFMD: 22 Tabika dan Taska KEMAS ditutup sementara
Sejumlah 22 tabika dan taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), ditutup sementara susulan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).