IPOH: Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak berasa khuatir untuk menghantar anak mereka ke sekolah berikutan peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) kerana penularan penyakit itu di negeri ini dilaporkan adalah terkawal.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata Jabatan Pendidikan negeri (JPN) dan Jabatan Kesihatan negeri (JKN) akan terus bekerjasama dalam memastikan anak-anak sentiasa selamat serta terhindar daripada penyakit tersebut.
"Dalam mesyuarat exco bersama Menteri Besar Perak, kerajaan negeri sentiasa menitikberatkan soal kesihatan anak-anak sewaktu berada di dalam dan luar sekolah. Kami ambil maklum dengan apa yang terjadi di Melaka berhubung penularan kes HFMD daripada peringkat pendidikan awal kanak-kanak hingga sekolah menengah.
"Laporan penularan penyakit itu di negeri ini adalah terkawal setakat ini, dengan kerajaan negeri bersama JPN dan JKN mengadakan program libat urus dalam usaha memantau dan memastikan persekitaran sekolah sentiasa selamat," katanya ditemui pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Jabatan Alam Sekitar Perak di sini.
Menurut Ahmad Saidi, pihak sekolah juga telah dimaklumkan agar melaporkan dengan kadar segera sekiranya terdapat sebarang gejala berkaitan HFMD.
"Saya telah mengarahkan guru besar, pengetua dan pengendali di setiap peringkat pendidikan untuk memaklumkan kepada JPN dan JKN sekiranya terdapat kanak-kanak yang mempunyai gejala awal seperti ulser dan keradangan di dalam mulut.
"Lakukan pemeriksaan seawal yang mungkin bagi mengekang penularan HFMD," katanya.
Jumaat lepas, 42 tadika di negeri ini dilaporkan ditutup di bawah Akta Pencegahan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), dengan daerah Kinta mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 20 tadika diikuti Perak Tengah (enam).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin dalam laman Facebooknya memaklumkan 2,638 kes HFMD dilaporkan setakat Minggu Epidemiologi (ME) ke-19 yang berakhir 14 Mei lepas, berbanding 159 kes bagi tempoh sama tahun lepas, sekali gus menunjukkan peningkatan kes HFMD kira-kira 16.6 kali ganda.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022
Menurut Ahmad Saidi, pihak sekolah telah dimaklumkan agar melaporkan sekiranya terdapat sebarang gejala berkaitan HFMD.
Kini anda boleh tambah kad Maybank pada Google Wallet
Maybank dilihat menyokong kad Visa dan Mastercard kedua-dua debit dan kredit untuk ditambah pada Google Pay.
[TERKINI] Dapatan utama kajian UNIEF: Ranjau Sepanjang Jalan
Ikuti secara langsung pelancaran laporan UNICEF berjudul 'Living on the edge'.
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.
Apple perkenal cip pemprosesan Apple M4
Apple M4 hadir dengan 4 teras CPU prestasi bersama 6 teras CPU efisien, selain 10 teras GPU untuk penawaran grafik yang baik melaluinya.
Polis kesan individu buang air mengandungi puntung rokok depan rumah jiran
Kejadian yang dirakam menerusi CCTV itu dimuat naik menerusi media sosial serta menerima kecaman dari orang ramai.
Gaji minimum sepatutnya RM2,102, bukan RM1,500
Menurut kajian tersebut, gaji minimum yang sebenar adalah RM2,102 sebulan dan bukannya RM1,500 seperti sekaranG. Dapatan itu setelah mengambil kira beberapa faktor utama seperti kos sara hidup, pendapatan penengah, pendapatan garis kemiskinan, dan produktiviti.
[TERKINI] Pendapatan bertambah baik namun kadar kemiskinan masih tinggi
Pendapatan penengah bulanan isi rumah telah pulih kepada tahap sebelum pandemik dengan median pendapatan bulanan isi rumah meningkat 32 peratus kepada hampir RM3,000.
Bursa Malaysia terus catat aliran meningkat pada dagangan awal
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.71 mata kepada 1,608.39 daripada 1,605.68 semalam.
China-Perancis kecam serangan Israel di Rafah, gesa gencatan senjata serta-merta
Gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan yang besar-besaran ke Gaza adalah keperluan mendesak yang perlu dilaksanakan, kata China dan Perancis.
Di sebalik lirik 'Kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu'
Batu buatan itu sebagai simbolik Kuala Kubu Baharu sebagai lokasi tumpuan perkelahan dan mandi-manda.
5,335 kes HFMD dilaporkan di Pulau Pinang
Sebanyak 5,335 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang direkodkan sejak awal tahun ini hingga minggu epidemiologi (ME) 36/2023 pada 9 Sept.
Kes HFMD dan wabak jangkitan salur pernafasan di Johor meningkat
Kes kumulatif bagi penyakit tangan, kaki dan Mulut (HFMD), serta wabak jangkitan saluran pernafasan di negeri Johor meningkat.
HFMD: Kes menurun tapi kekalkan langkah pencegahan - Dr Noor Hisham
Angka itu menunjukkan penurunan sebanyak 22.9 peratus berbanding ME ke-22, 2022 iaitu 16,954 kes.
Kes HFMD Johor menurun pada minggu sekolah
Bilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini menunjukkan penurunan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 23 (Epid 23) (5 hingga 11 Jun) kepada 1,090 kes.
HFMD: Perak catat lebih 8,000 kes
Perak mencatatkan 8,032 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) bermula Januari hingga semalam.
Bilangan kes HFMD di Pahang, Perak meningkat
Sebanyak 3,760 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di Pahang bermula Januari sehingga semalam, meningkat 16 kali ganda berbanding hanya 233 kes pada tempoh sama.
HFMD: 3,990 kes direkodkan di Pulau Pinang
Sehingga minggu epid ke 23 jumlah kumulatif kes HFMD yang dilaporkan meningkat sebanyak 22 kali ganda di negeri itu.
HFMD: Kes meningkat 32 kali ganda bagi ME 22/2022 berbanding 2021
Negeri Selangor menyumbang jumlah kes tertinggi berbanding negeri-negeri lain.
HFMD tunjuk trend peningkatan - Dr Noor Azmi
Sebanyak 71,471 kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) direkodkan pada minggu epidemiologi (ME) 22/2022 (30 Mei) seluruh negara.
HFMD: Peningkatan 27 kali ganda bagi ME 21/2022 berbanding tempoh sama 2021
Sejumlah 65,535 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) telah dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 27 kali ganda.