awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HFMD: N. Sembilan catat 2,876 kes setakat semalam

Bernama
Bernama
25/05/2022
05:14 MYT
HFMD: N. Sembilan catat 2,876 kes setakat semalam
Peningkatan kes yang ketara di negeri ini pada tahun ini berbanding tahun lepas berikutan pembukaan semula sektor pendidikan dan tempat awam. - Freeimages
SEREMBAN: Negeri Sembilan merekodkan 2,876 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sejak Januari hingga semalam, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.
Beliau berkata kumulatif kes pada minggu epidemiologi 20/2022 yang berakhir pada 21 Mei lepas adalah 989 kes iaitu peningkatan tiga kali ganda berbanding minggu sebelumnya.
"Seremban mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 1,643 kes, diikuti Port Dickson (353), Jempol (298), Rembau (265), Tampin (131), Kuala Pilah (116) dan Jelebu (70).
"Kumulatif wabak HFMD di Negeri Sembilan pada tahun ini adalah 46 wabak dengan 16 wabak masih aktif iaitu sembilan di Jempol, tiga di Seremban, dua di Port Dickson manakala masing-masing satu di Rembau dan Jelebu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata daripada 46 wabak itu, 32 wabak atau 69.9 peratus melibatkan tadika atau taska dan perintah penutupan diberikan dengan 11 tadika atau taska masih ditutup.
Veerapan berkata peningkatan kes yang ketara di negeri ini pada tahun ini berbanding tahun lepas berikutan pembukaan semula sektor pendidikan dan tempat awam.
Justeru, beliau menasihatkan ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa memantau kesihatan anak masing-masing dan tidak menghantar anak ke sekolah atau pusat jagaan jika mengalami gejala HFMD seperti demam, ulser di mulut, lepuh di tangan atau kaki.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#HFMD
#Negeri Sembilan
#Seremban
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan