awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HFMD: Pasar raya komited buat pembersihan

Isabelle Leong
Isabelle Leong
24/07/2018
13:26 MYT
HFMD: Pasar raya komited buat pembersihan
Pasar raya Mydin mengambil tindakan segera, melakukan pembersihan di setiap troli dan menyediakan sanitizer secara percuma di semua cawangan. - Astro AWANI
Susulan kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang yang mendedahkan virus penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) ditemui dan banyak terkumpul di pemegang troli di pasar raya, pasar raya Mydin mengambil tindakan segera.
Pasar raya itu melakukan pembersihan di setiap troli dan menyediakan cecair penyahkuman secara percuma di semua cawangannya.
Menurut Pengarah urusan pasar raya Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin, pasar raya itu komited menjalankan pembersihan dan telah mengarahkan kakitangannya untuk membuat pembersihan yang menyeluruh dalam dua peringkat.
“Saya telah memberikan arahan kepada kakitangan di semua cawangan yang terlibat supaya mereka gunakan disinfectant dan pastikan kita akan membersihkan semua troli.
“Apabila pelanggan memulangkan troli tersebut, kami akan mengulang proses pembersihan tersebut.
“Yang kedua, kita akan menghulurkan pembersih tangan antiseptik kepada semua pelanggan yang berkunjung ke pasar raya supaya mereka membersihkan tangan mereka sebelum memegang troli,” jelas Ameer.
Tinjauan Astro AWANI mendapati orang ramai meminta semua pasar raya mengambil tindakan yang sama.
“Walaupun kita tidak tahu sama ada virus HFMD tu ada pada pemegang troli atau tidak, sekurang-kurangnya kami sudah menggunakan pembersih tangan antiseptik yang diberikan oleh pihak pasar raya.
“Pasar raya lain patut laksanakan proses pembersihan ini,” kata Saiful Sapee yang bertugas sebagai juru elektrik.
“Setiap pasar raya perlu melakukan pembersihan ini kerana sekarang virus HFMD semakin menular dan ia sangat bahaya, terutamanya kepada anak-anak kita,” kata suri rumah, Nur Athirah Yaakob.
Seorang lagi pengunjung pasar raya mengakui terkejut apabila dihulurkan pembersih tangan antiseptik tersebut tetapi bersetuju bahawa inisiatif ini harus diamalkan oleh semua pasar raya.
“Saya rasa ia merupakan satu initiatif yang sangat baik.
“Saya terkejut kerana mereka tiba-tiba hulurkan pembersih tangan antiseptik. Namun begitu, saya rasa ia sangat bagus,” kata pelajar, Wong Pik Sze.
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) hari ini mengarahkan pasar raya dan pusat membeli-belah supaya melakukan kerja disinfeksi (sucihama) terhadap troli, alat permainan dan bangku yang terdapat di premis mereka.
Arahan tersebut dikeluarkan susulan peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri itu.
Topic Berkaitan
#Datuk Dr Ameer Ali Mydin
#disinfectant
#HFMD
#Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
#menyeluruh
#MYDIN
#pasar raya
#pembersih tangan antiseptik
#pembersihan
#Pengarah urusan pasar raya
#penyakit tangan kaki dan mulut
#troli
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan