PUTRAJAYA: Ibu bapa diminta segera membawa anak masing-masing ke fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mereka mempunyai gejala penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata antara gejala awal HFMD adalah sama seperti COVID-19 iaitu demam dan hari berikutnya akan ada ruam.
"Apa-apa gejala dialami perlu uji dahulu dan bawa anak ke fasiliti kesihatan, kita akan tahu itu HFMD atau COVID-19," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan Tahun 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Beliau mengakui bahawa kes HFMD mencatatkan peningkatan membimbangkan dan Jabatan Kesihatan negeri telah diarahkan untuk menjalankan tindakan intervensi, selain hebahan Pejabat Kesihatan Daerah berkenaan penyakit HFMD di kawasan mereka.
Khairy turut meminta pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) untuk menjaga kebersihan di premis masing-masing bagi mencegah penyakit itu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata jumlah kes penyakit HFMD di negara ini meningkat pada kadar membimbangkan iaitu sebanyak 15 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas dengan 31,661 kes dilaporkan.
Dr Noor Hisham berkata sebanyak 7,526 kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022 berakhir pada 14 Mei yang menunjukkan peningkatan sebanyak 349 peratus, berbanding ME sebelumnya dengan hanya 1,676 kes di seluruh negara.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai ketiadaan wakil doktor pelatih dalam Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF), Khairy berkata pasukan petugas khas itu tidak memerlukan wakil doktor pelatih untuk ia berfungsi dan mendapatkan maklumat.
"Kita mahu pasukan itu bebas. Petugas pasukan khas juga akan minta pandangan daripada semua pihak dan mereka (doktor pelatih) bebas beri pandangan supaya pasukan petugas dapat kemuka laporan yang seimbang," katanya.
HWCITF ditubuhkan susulan insiden kematian seorang pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Pulau Pinang selain laporan dan aduan yang diterima berkaitan kejadian buli serta masalah tekanan mental yang dihadapi bukan sahaja oleh PPS malah kakitangan perkhidmatan kesihatan.
Pasukan itu dipengerusikan oleh bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Profesor Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir dan dianggotai lapan individu profesional serta pakar dalam bidang masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ketika bertemu para pengamal media pada Sambutan Aidilfitri Kementerian Kesihatan di Pusat Konvesyen Anatarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto BERNAMA

Kecoh di KLIA, lebih 400 jemaah haji visa furada terkandas
Lebih 400 jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ekoran tidak dapat berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada malam Khamis.

Malaysia dan Turkiye meterai tujuh MoU untuk terus perkukuh hubungan dua hala
Kesemua MOU ditandatangani sempena lawatan rasmi Ismail Sabri yang tiba di republik itu pada Selasa.

Rumah Keluarga Malaysia: 809 selesai dibaik pulih, 10 siap bina baharu
Sebanyak 809 daripada 2,613 unit rumah selesai dibaik pulih, manakala 10 daripada 97 unit lagi siap dibina baharu di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia setakat 17 Jun lepas.

AWANI Ringkas: Kerajaan kaji mekanisme subsidi bahan api bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Lebih 265 PLUSRonda ditugaskan menjelang Aidiladha
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis tahan tiga lelaki disyaki terlibat kes bunuh di Bera
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan kes bunuh seorang wanita dua hari lepas di sebuah rumah di Felda Mengkuang, Bera, hari ini.

5 Okt dengar rayuan LHDN terhadap Nooryana berhubung cukai pendapatan
Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Nooryana Najwa, apabila dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran itu.

Banjir Baling: Polis terima 627 laporan babitkan kerosakan premis
Sebanyak 627 laporan diterima pihak polis membabitkan kerosakan premis dan rumah penduduk susulan kejadian banjir dan kepala air yang berlaku di 12 perkampungan di Kupang, Baling, pada Isnin.

Aidiladha: Terus amal SOP kawal penularan COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bimbang penularan COVID-19 akan terus meningkat ketika perayaan Hari Raya Aidiladha hujung minggu ini.

Wad kelas tiga tidak pernah dianaktiri, polisi lapuk perlu diubah - Dr Noor Azmi
Kerajaan tidak pernah menganaktirikan wad kelas tiga di hospital-hospital seluruh negara, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Kes ILI, URTI, dan HFMD meningkat di Johor - Exco Kesihatan
Sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan sehingga minggu epid pada 25/2022, iaitu peningkatan sebanyak 70.9 peratus.

Johor rekod 6,987 kes HFMD tahun ini sehingga semalam
Kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun iaitu sebanyak 6,048 kes (86.6 peratus).

HFMD: Kes menurun tapi kekalkan langkah pencegahan - Dr Noor Hisham
Angka itu menunjukkan penurunan sebanyak 22.9 peratus berbanding ME ke-22, 2022 iaitu 16,954 kes.

Kes HFMD Johor menurun pada minggu sekolah
Bilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini menunjukkan penurunan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 23 (Epid 23) (5 hingga 11 Jun) kepada 1,090 kes.

HFMD: Kumulatif kes di Sabah pada paras 4,000, turun sedikit di minggu ke-22
Situasi semasa jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) di Sabah berada pada paras lebih 4,000 kes walaupun berlaku penurunan 27.17 peratus.

HFMD: Perak catat lebih 8,000 kes
Perak mencatatkan 8,032 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) bermula Januari hingga semalam.

Kes HFMD dijangka menurun dalam dua hingga tiga minggu lagi - Khairy
Menterinya, Khairy Jamaluddin menjelaskan ia berikutan kes membabitkan gelombang berkenaan adalah bermusim dan bersifat setempat.

HFMD: Perak kesan 8,032 kes, peningkatan 39.2 kali ganda
Perak merekodkan 8,032 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dengan peningkatan sebanyak 39.2 kali ganda setakat Sabtu lalu.

Bilangan kes HFMD di Pahang, Perak meningkat
Sebanyak 3,760 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di Pahang bermula Januari sehingga semalam, meningkat 16 kali ganda berbanding hanya 233 kes pada tempoh sama.

HFMD: 3,990 kes direkodkan di Pulau Pinang
Sehingga minggu epid ke 23 jumlah kumulatif kes HFMD yang dilaporkan meningkat sebanyak 22 kali ganda di negeri itu.