awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hias dinding elemen komunis, pemilik restoran tampil beri keterangan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
13/01/2021
12:54 MYT
Hias dinding elemen komunis, pemilik restoran tampil beri keterangan
Pemilik restoran di Pulau Pinang yang mencetuskan kontroversi apabila memasang hiasan dinding memaparkan wajah pemimpin komunis tampil memberi keterangan kepada polis. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN:Pemilik restoran di Pulau Pinang yang mencetuskan kontroversi apabila memasang hiasan dinding memaparkan wajah pemimpin komunis tampil memberi keterangan kepada polis berhubung perkara itu hari ini.
Menurut peguam, Dev Kumaraendran, pasangan itu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di George Town pada Rabu selepas selesai menjalani tempoh kuarantin dan disahkan negatif COVID-19.
Dev berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh dari anak guamnya, restoran di Pulau Tikus sudah empat tahun beroperasi manakala restoran di Icon City, Bukit Mertajam baru dua tahun beroperasi.
Kedua-duanya telah lama menggunakan hiasan dinding berkenaan dan mereka tidak berniat untuk mencetuskan sebarang propaganda.
Bagaimanapun pihaknya menyerahkan perkara tersebut kepada polis dan akan memberikan kerjasama penuh.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan pihaknya telah mengambil keterangan pemilik restoran berkenaan selepas tindakan mereka memasang hiasan dinding wajah pemimpin Komunis, Mau Tze Tong hari ini.
Pada 3 Januari lepas, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana menerbitkan propaganda sebuah pertubuhan haram dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menerbit atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.
Ia selepas insiden sebuah restoran makanan menghiasi dinding dengan gambar wajah pemimpin Komunis, Mau Tze Tong tular di media sosial sekali gus mengundang kecaman warga net.
Topic Berkaitan
#komunis
#pemilik restoran
#Pulau Tikus
#Icon City
#hiasan dinding
#Polis Daerah Timur Laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan