Seorang lelaki hilang empat jari selepas tangannya terperosok ke dalam mesin tebu ketika menjual air itu dalam kejadian di Kampung Dewan Beta, di sini petang Rabu.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, Osman Ya, 50, putus empat jari, luka ibu jari selain tapak tangannya turut lumat setelah tangan kanannya terperosok ke dalam mesin.
Katanya, sebelum kejadian, dia sedang membersihkan hampas yang terlekat pada celah mesin sebelum menutup jualannya yang menjaja air tebu di tepi jalan kampung itu bagi mencari rezeki lebih di bulan Ramadan.
"Saya jual air tebu dah masuk enam tahun dan sentiasa beringat, tapi nak 'geroh' (tak sengaja) saya terlalai, lupa nak tutup suis sebelum bersihkan mesin.
"Masa saya tengah bersih tu, dengan pantas tangan saya terus ditarik ke dalam mesin, digilis macam batang tebu cuma saya sempat tutup suis dan menjerit panggil anak untuk undur mesin bagi mengeluarkan tangan kanan yang sudah hancur," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu, di sini, pada Khamis.
Lebih tragis kejadian berdarah itu turut disaksikan di depan mata dua anaknya iaitu anak ketiga, Mohd Syahmi Osman,16 dan anak bongsunya, Mohd Shakir Imran,10 yang membantunya berniaga air tebu.
Katanya, empat jarinya terputus terus manakala ibu jarinya putus sedikit di bahagian atas dan tidak mengalami kecederaan di bahagian lain.
"Selepas jari digilis, saya terus menjerit meminta tolong dan anak saya mengundurkan mesin supaya saya dapat keluarkan tangan dan saya tengok jari-jari saya putus dan jatuh ke lantai.
"Saya cuma rasa kebas dan balut tangan dengan kain dan minta penduduk bawa ke Klinik Lundang Paku dengan menaiki kereta sebelum dihantar ke hospital ini," katanya yang tinggal di Kampung Serian,kira-kira satu kilometer dari lokasi dia menjual air tebu.
Osman berkata, beberapa hari lalu, dia baru saja membaiki mesin tebu itu bagi membolehkan mesin itu memerah lebih banyak air dengan kos hampir RM500.
"Dulu mesin terbuka seinci dan saya kena mesin batang tebu tiga kali untuk keluarkan semua air, jadi saya rapatkan mata mesin dan dapat perah air sekali saja.
"Itu yang menyebabkan mata mesin turut menggilis jari saya sehingga hancur, namun saya syukur saya tak panik dan sempat matikan suis bagi mengelakkan tangan terus digilis dan hanya bahagian tapak tangan yang cedera," katanya yang bekerja kampung menanam padi dan memelihara lembu bagi menyara isteri, Romah Dollah, 52 dan lima anak berusia antara 21 hingga 10 tahun.
Sementara itu, anak sulungnya, Noor Nazirah Osman, 21 berkata, sebaik mengetahui kejadian yang menimpa ayahnya, dia yang sedang belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka itu, terus pulang ke kampung.
Katanya, menurut doktor yang merawat bapanya, semua urat jari bapanya sudah terputus dan tidak boleh disambung kembali.
"Sekarang ayah banyak bertahan dengan ubat tahan sakit dan akan jalani pembedahan menampung kulit tapak tangan dengan mengambil kulit paha dalam masa terdekat," katanya.
Vivi Sumanti
Thu May 16 2019

Empat jarinya terputus terus manakala ibu jarinya putus sedikit di bahagian atas dan tidak mengalami kecederaan di bahagian lain. - Astro AWANI

Uggah tidak terima suntikan vaksin atas faktor kesihatan - Pengarah JKNS
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas tidak menerima suntikan vaksin hari ini.

Akta 446: Kerajaan dicadang sediakan insentif kepada majikan, kontraktor
Kerajaan dicadang memberikan insentif atau subsidi kepada majikan dan kontraktor bagi memastikan mereka dapat menyediakan penempatan lebih baik kepada pekerja serta memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Parti liar | Pegawai dan anggota polis ditahan posiitf dadah
Seorang pegawai kanan dan lima anggota polis dari Kontinjen Perak antara 14 orang yang ditahan dalam satu serbuan parti liar di sebuah pangsapuri di Ipoh pada awal pagi Jumaat. Hasil saringan air kencing mendapati pegawai dan empat anggota itu positif dadah jenis amphetamine dan methaphetamine.

Tahun Kewangan 2020: Perolehan TNB rendah, umum dividen akhir satu peringkat 18.0 sen
Keuntungan bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkurangan kepada RM3.40 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2020 daripada RM4.53 bilion dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Untung bersih suku keempat 2020 Maxis susut kepada RM319 juta
Keuntungan bersih Maxis Bhd bagi suku keempat berakhir 31 Dis, 2020 merosot kepada RM319 juta berbanding RM353 juta pada suku keempat 2019.

MAHB catat kerugian bersih RM1.11 bilion pada Tahun Kewangan 2020
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatat kerugian bersih sebanyak RM1.11 bilion bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis, 2020.

Penguatkuasaan, pelaksanaan Akta 446 tidak akan ditangguh - Awang Hashim
Kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia mengambil keputusan untuk tidak menangguhkan penguatkuasaan pindaan terbaharu Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Vaksin COVID-19 | Abang Jo terima suntikan vaksin di Petra Jaya
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menjadi antara individu terawal di Sarawak yang menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-bioNTech. Ia sebagai simbolik kepada Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Sarawak dengan fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan.

Polis tembak kenderaan, pemandu dipercayai bertindak ganas
Sebuah video tular memaparkan sebuah kereta merempuh beberapa kenderaan lain di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh dalam usaha melarikan diri dari polis.

Harga RON95, RON97 naik 5 sen, diesel kekal
Kementerian Kewangan memaklumkan, harga runcit RON95 yang sebelum ini RM2.00 seliter dinaikkan kepada RM2.05 seliter sepanjang tempoh berkenaan.

Hilang empat jari angkara mesin tebu
Osman Ya, 50, putus empat jari, luka ibu jari selain tapak tangannya turut lumat setelah tangan kanannya terperosok ke dalam mesin.