awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
Trump umum Pusat Kennedy hentikan operasi hiburan selama dua tahun
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hilang kawalan sehingga langgar tiang elektrik, lelaki maut di tempat kejadian

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
17/06/2025
02:30 MYT
Hilang kawalan sehingga langgar tiang elektrik, lelaki maut di tempat kejadian
Kemalangan dipercayai berlaku ke atas lelaki berusia 20 tahun yang ketika itu dikatakan mahu pulang ke rumahnya di Kampung Sentosa Masai.
Kuala Lumpur: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan hingga menyebabkan mangsa terbabas hingga melanggar tiang elektrik di bahu kanan jalan dalam kejadian pada Isnin malam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kemalangan pada jam 11.05 malam.
"Kemalangan dipercayai berlaku ke atas lelaki berusia 20 tahun yang ketika itu dikatakan mahu pulang ke rumahnya di Kampung Sentosa Masai.
"Mangsa dikatakan menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan dari arah Johor Bahru.
"Akibat daripada kemalangan itu mangsa difahamkan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Sehubungan itu, Sohaimi berkata, siasatan dijalankan mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan.
Dalam masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan undang-undang jalan raya bagi mengelakan kejadian tidak diingini.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil untuk menyalurkan maklumat ditalian 07 3864222 bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#langgar tiang elektrik
#lelaku maut
#hilang kawalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami