KUALA TERENGGANU: Polis hari ini menjelaskan bahawa kehilangan wang dalam akaun bank membabitkan beberapa individu di Dungun adalah disebabkan oleh perbuatan ‘scammer’ atau sindiket penipuan dan tiada kaitan dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata siasatan awal mendapati terdapat unsur mangsa tertipu dengan 'phishing’ atau pemancingan maklumat menerusi akaun Tabung Haji dan Bank Islam.
“Anda boleh keluarkan duit di Tabung Haji dan Bank Islam... takut scammer ini berjaya menggunakan kedua-dua pautan ini untuk kelirukan mangsa.
"Jadi bila (mangsa) salah tekan pautan sama ada menerusi Bank Islam atau Tabung Haji, jadi scammer boleh salin kata laluan dan keluarkan duit tanpa disedari mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan tular menerusi media sosial kononnya beberapa individu di Dungun kehilangan wang simpanan di Bank Islam yang bersangkut paut dengan PADU.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2024
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata siasatan awal mendapati terdapat unsur mangsa tertipu dengan 'phishing’ atau pemancingan maklumat menerusi akaun Tabung Haji dan Bank Islam. - Gambar fail/BERNAMA
PRK KKB: 32.51 peratus sudah mengundi setakat 12 tengah hari - SPR
SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi PRK itu sekitar 60 peratus.
Bintang Manchester United, Garnacho dan Onana ucap cepat sembuh kepada Faisal Halim
Bintang Manchester United, Alejandro Garnacho, dan penjaga gol utama, Andre Onana, mengucapkan semoga cepat sembuh kepada pemain negara, Faisal Halim.
PRK KKB: Keputusan diketahui seawal 9 malam ini - SPR
Beliau yakin proses penjumlahan undi akan berjalan lancar, sekali gus membolehkan keputusan dapat diketahui dengan lebih cepat.
Snipping Tools baharu Windows 11 uji ciri kesan kod QR, tambah emoji 3D
Dalam setiap tangkapan layar pada kandungan yang ada kod QR, Snipping Tool boleh kesan dan terus mengeluarkan pautan URL untuk pengguna terus tekan.
Palestin sebagai Anggota Penuh PBB: Malaysia sambut baik Resolusi Perhimpunan Agung
Malaysia mengalu-alukan Resolusi Perhimpunan Agung PBB yang menggesa agar Majlis Keselamatan PBB menimbang semula permohonan Palestin.
Reuters nafi keluar artikel Malaysia bakal disenarai hitam Amerika Syarikat
Reuters nafi mengeluarkan artikel yang mendakwa Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara untuk disenarai hitam oleh Amerika Syarikat.
Ringgit dijangka didagangkan dalam keadaan berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan memandangkan pelabur mencari petunjuk baharu daripada data ekonomi yang lebih signifikan.
AWANI Ringkas: Lebih 39,000 pengundi tunai tanggungjawab
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Arsenal sudah atur perarakan julang trofi liga
Bakal juara musim Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/2024, Arsenal, sudah siap melakukan perancangan rapi untuk menjulang piala kejuaraan.
AWANI Ringkas: Susulan insiden letupan bom di Narathiwat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hilang wang simpanan tiada kaitan dengan PADU - Polis
Polis berkata siasatan awal mendapati terdapat unsur mangsa tertipu dengan 'phishing atau pemancingan maklumat menerusi akaun Tabung Haji dan Bank Islam.