MELAKA: Himpunan Pembela Palestin yang menyasarkan penyertaan sebanyak 10,000 peserta dalam kalangan pelbagai bangsa dan agama akan diadakan di Stadium Hang Jebat di sini, Ahad ini.
Pengerusi Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata program anjuran DMDI dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain antaranya Serantau Muslim itu, dijadualkan bermula 6 hingga 11 pagi.
"Himpunan Pembela Palestin dianjurkan susulan Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang telah berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada dua hari lepas.
"Melaka menjadi negeri pertama menyahut gelombang sokongan atau solidariti kita pada rakyat Palestin yang dinafikan hak mereka dan dizalimi Zionis Israel tanpa sifat kemanusiaan dan di tanah air mereka sendiri," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar Road Tour Himpunan Satu Juta Pembela Palestin di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Serantau Muslim merangkap Pengerusi Road Tour Himpunan Satu Juta Pembela Palestin Mohd Hakim Mohd Nor.
Beliau berkata pelbagai pengisian menarik antaranya pidato umum berkaitan Palestin dan persembahan nasyid serta Larian Ceria sejauh lima kilometer akan diadakan pada himpunan itu, selain kutipan dana.
Sementara itu Mohd Hakim berkata Himpunan Pembela Palestin merupakan gerakan kempen yang dilancarkan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin dan Melaka adalah destinasi pertama gerakan itu sebelum ia diperluaskan ke negeri lain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023
Pelbagai pengisian diatur pada himpunan itu antaranya pidato umum berkaitan Palestin dan persembahan nasyid serta Larian Ceria sejauh lima kilometer. - Gambar hiasan
Jemaah haji diingatkan tidak terlibat aktiviti politik
Selain nasihat berwaspada dengan cuaca panas, bakal haji yang berada di tanah suci dingatkan hanya tumpukan kepada ibadah sahaja dan elak daripada terlibat dalam aktiviti yang berunsurkan politik
50 pelajar SK Zainab (1) pamer bakat dalam sukan badminton
Kota Bharu, Kelantan menjadi destinasi pilihan seterusnya buat Kem Badminton Astro mencari bakat baru. Seramai 50 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Zainab (1) dari darjah empat hingga enam hadir ke Dewan Badminton Tengku Anis, mempamerkan bakat dan kebolehan mereka di atas gelanggang.
The Experts, saji pengalaman rompakan berkeluarga terbesar
Filem The Experts mempertaruhkan jalan cerita yang diinspirasikan kejadian sebenar dan dipadatkan dengan elemen komedi, keluarga dan aksi.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Bom petrol di pusat hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh individu akan direman esok
Tujuh individu yang ditahan awal pagi tadi kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram akan dibawa ke Mahkamah Majistret esok bagi mendapatkan perintah reman.
Perekrutan ahli JI masih berlaku dalam keluarga - Pakar
Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata gerakan JI dalam anggota keluarga disifatkan masih efektif walaupun kumpulan terbabit tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Orang kampung sekitar Ulu Tiram rasa terancam
Situasi di Kampung Sungai Ulu Tiram, alamat terakhir suspek yang mati ditembak.
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
Jejas pendapatan nelayan
Cuaca panas dan kering yang panjang di laut untuk mencari rezeki malahan keadaan arus juga menyebabkan pendapatan nelayan pesisir pantai turut terjejas.
Himpunan Pembela Palestin di Melaka Ahad ini sasar 10,000 peserta
Himpunan Pembela Palestin yang menyasarkan penyertaan sebanyak 10,000 peserta dalam kalangan pelbagai bangsa dan agama akan diadakan di Stadium Hang Jebat di sini, Ahad ini.