awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Himpunan Rakyat Benci Rasuah: Polis sahkan terima notis 'tidak lengkap'

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
21/01/2025
11:59 MYT
Himpunan Rakyat Benci Rasuah: Polis sahkan terima notis 'tidak lengkap'
Sulizmie Affendy berkata, notis berkenaan tidak lengkap kerana tidak disertakan dokumen persetujuan daripada pemilik atau penghuni lokasi perhimpunan seperti yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis sahkan menerima notis pemberitahuan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang akan diadakan pada Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, bagaimanapun notis berkenaan tidak lengkap kerana tidak disertakan dokumen persetujuan daripada pemilik atau penghuni lokasi perhimpunan seperti yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Pada Jumaat lalu, respons terhadap notis tersebut diberikan kepada pihak penganjur supaya memenuhi peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Disebabkan syarat berkenaan masih belum dipenuhi, Sulizmie Affendy menasihati orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu yang menyalahi undang-undang.
Pada masa sama, beliau menegaskan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.
Himpunan berkenaan akan berkumpul di hadapan pusat membeli-belah Sogo sebelum berarak di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan akan berakhir di Dataran Merdeka.
Sebelum ini, Sekretariat Rakyat Benci Rasuah melahirkan rasa terkejut terhadap arahan polis untuk mendapatkan persetujuan daripada pemilik premis yang bakal menjadi tempat mereka mengadakan himpunan itu.
Menurut mereka, berkata syarat tambahan yang dikenakan pihak berkuasa ke atas mereka adalah tidak mempunyai asas undang-undang kerana protes tersebut sepatutnya dijalankan di kawasan awam.
Perhimpunan Rakyat Benci Rasuah itu adalah susulan perhimpunan Ambang Tahun Baharu pimpinan pelajar di Sabah yang membantah ahli politik negeri terbabit didakwa terlibat dalam skandal rasuah.
Topic Berkaitan
#Himpunan Rakyat Benci Rasuah
#Polis Diraja Malaysia
#notis pemberitahuan
#Akta Perhimpunan Aman 2012
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan