awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jentera serangan tumpul, pertahanan lemah punca TFC gagal kutip mata di laman sendiri
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Himpunan Solidariti Najib: Pas beri jaminan tiada kejadian luar kawal

Sinar Harian
Sinar Harian
05/01/2025
15:58 MYT
Himpunan Solidariti Najib: Pas beri jaminan tiada kejadian luar kawal
Menurut Tuan Ibrahim, perhimpunan aman sedemikian tidak memerlukan permit, cukup sekadar membuat pemberitahuan. - Gambar Sinar Harian
SHAH ALAM: Pas memberi jaminan tiada kejadian yang akan berlaku di luar kawalan ketika berlangsungnya himpunan Solidariti Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak Menuntut Keadilan pada Isnin.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia malah jauh lebih aman berbanding penganjuran demonstrasi Bersih pada zaman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menjadi pembangkang dahulu.
Menurutnya, perhimpunan aman sedemikian tidak memerlukan permit, cukup sekadar membuat pemberitahuan.
"Polis tidak sepatutnya menghalang himpunan aman, bahkan ia diberi kebenaran di bawah peruntukan undang-undang.
"Kita harap polis menjalankan tugas dan jamin tidak berlaku provokasi melampau daripada pihak yang sengaja mencetuskan kegawatan.
"Pas mempunyai ahli berdisiplin tinggi dan dikawal oleh petugas amal sebaik mungkin," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Pas tidak berhasrat menyemak kembali saranan yang dibuat berhubung kehadiran aman ahli-ahlinya ke himpunan terbabit.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan, ia sama sekali tidak menyanggah, mengurangi makna dan tujuan titah Yang di-Pertuan Agong, mana-mana peruntukan Perlembagaan atau mengganggu proses Lembaga Pengampunan.
Menurutnya, himpunan sekadar melibatkan kehadiran rakyat jelata rentas kaum secara aman dan fahaman ke suatu tempat awam iaitu mahkamah terbuka.
Bagaimanapun, ujar beliau, pihaknya mengambil maklum dan menjunjung tinggi titah Baginda menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Negara, malah akur dengan segala tatacara diperuntukkan.
Terbaharu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang menyertai himpunan tersebut disebabkan tidak mendapat kebenaran pemilik tanah.
Jelas beliau lagi, himpunan itu juga tidak mematuhi syarat-syarat seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Istana Negara
#pembangkang
#perhimpunan
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan