awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran musnahkan ratusan tempat perlindungan di kem pelarian Rohingya di Bangladesh
Lebuh raya utama Mozambique terputus akibat banjir, angka korban cecah 106 orang
Parlimen Australia lulus undang-undang kawalan senjata, jenayah kebencian yang lebih ketat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi

Bernama
Bernama
05/01/2025
10:55 MYT
Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Ahmad Zahid berkata mana-mana ahli yang masih mahu menyertai perhimpunan tersebut, perlu menanggung sendiri sebarang risiko yang akan dihadapi. - Gambar fail
BANGI: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.
Timbalan Perdana Menteri berkata mana-mana ahli yang masih mahu menyertai perhimpunan tersebut, perlu menanggung sendiri sebarang risiko yang akan dihadapi.
"Kalau (ada) individu (yang hadir ke perhimpunan solidariti itu), kita serahkan kepada mereka untuk mengambil risiko (sendiri).
"Dalam hal itu, kita harap tidak ada penganjur-penganjur daripada mana-mana bahagian atau cawangan (UMNO) yang turut terlibat secara rasmi di perhimpunan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kuali Cafe@Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini hari ini.
Pada 3 Jan, Setiausaha Agung UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan parti itu membatalkan satu perhimpunan bagi menyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan di Putrajaya.
Pembatalan itu dibuat selepas Istana Negara memaklumkan permohonan pengampunan atau pengurangan hukuman bagi mana-mana banduan hendaklah dikemukakan sendiri oleh banduan berkenaan untuk dipertimbangkan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed menerusi kenyataan hari ini berkata tindakan tegas akan diambil ke atas individu yang menyertai perhimpunan berkenaan, kerana ia tidak mendapat kebenaran pemilik tanah sekali gus tidak mematuhi syarat-syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.
Mahkamah Rayuan menetapkan esok sebagai tarikh pendengaran rayuan bekas perdana menteri itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan oleh Najib bagi mengemukakan keterangan tambahan berhubung Titah Adendum yang dikatakan dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu mengenai tahanan rumah.
Dalam pada itu, Barisan Nasional (BN) dalam kenyataan menempelak golongan oportunis yang cuba menangguk di air keruh dalam isu Najib.
"Ia langkah tidak bermoral menggunakan kesengsaraan Datuk Seri Mohd Najib yang pernah dihina dan difitnah di pentas propaganda politik mereka sendiri dan kini mereka mahu menggunakan peluang untuk membina momentum bagi mencapai matlamat politik mereka," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan BN berdiri teguh bersama Pengerusinya Ahmad Zahid yang mengemudi gabungan parti itu, dalam menghadapi keadaan semasa demi memelihara prinsip ketaatan kepada institusi Raja, kestabilan negara dan perpaduan rakyat serta keteguhan parti.
Menyepakati semangat bersama dalam BN, parti itu memaklumkan tiada perhimpunan dianjurkan di Istana Kehakiman Putrajaya esok.
"BN akur dengan titah saran Yang di-Pertuan Agong agar semua pihak menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong, untuk menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan bagi mengemukakan proses permohonan rayuan terhadap bekas perdana menteri itu.
"BN tetap konsisten agar proses keadilan dan perundangan terhadap Datuk Seri Mohd Najib dilaksanakan dengan setulusnya," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#himpunan solidariti najib
#Ahmad Zahid Hamidi
#Istana Kehakiman
#UMNO
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan