NATIONAL
Hindari jurang generasi dengan komunikasi efektif

Komunikasi efektif berupaya membina keharmonian sekali gus menghindari salah faham antara generasi, kata Nurul Afreen Naquiah Haminudin (gambar kecil).
KUALA LUMPUR : Kaedah komunikasi yang efektif untuk berbicara dengan golongan pelbagai generasi, termasuk Generasi Z, perlu diamalkan agar persefahaman dapat dibentuk.
Ringkasan AI
- Menurut Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Nurul Afreen Naquiah Haminudin, pendekatan itu berupaya membina keharmonian sekali gus menghindari salah faham antara generasi.
Namun, pada masa sama, Nurul mengingatkan supaya Generasi Z tidak bersifat angkuh apabila berkomunikasi dengan generasi terdahulu.
"Berkomunikasilah, bercakaplah dengan Gen Z tersebut. Mungkin ada ilmu tambahan yang boleh kita belajar daripada mereka.
"Apabila kita berkomunikasi, mesti akan capai satu persefahaman... jangan terus berfikir macam-macam.
"Macam kita (Gen Z), kenalah bertanya dengan orang yang lebih tua dan berpengalaman, jangan sombongkan diri," katanya demikian dalam program Awani Pagi pada Jumaat.
Ujarnya lagi, sikap hormat-menghormati perlu dijunjung oleh semua pihak apabila interaksi dilakukan antara generasi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami