Negara berada di landasan betul apabila melakukan serangan ofensif terhadap pengganas Sulu.

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia dilihat menjaga kedaulatan negara selepas insiden meragut nyawa anggota pasukan keselamatan.

Ujarnya, tuduhan jurucakap Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya 'Sultan Sulu', Abraham Idjirani, kononnya Malaysia melanggar Konvensyen Geneva adalah tidak benar.

Tambah Hisham, dakwaan cara Malaysia menangani insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu adalah salah dan harus dipertikaikan.

Jelasnya, kehilangan nyawa anggota pasukan keselamatan tidak berbaloi dengan tuduhan itu.

Katanya, setiap tindakan termasuk serangan balas dibuat demi negara tercinta.

Justeru, pihaknya kini menyerahkan kepada kepakaran peguam negara untuk mengkaji dakwaan Jamalul Kiram itu dari aspek perundangan.

Ketika mengulas nengenai Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), Hishammuddin berkata, semua pihak terlibat sedang bekerja keras untuk merealisasikan perkara itu.

Tegasnya, perkembangannya sedang dipantau rapi selain melihat tiada sebab untuk perkara itu tidak dapat dilaksanakan.

Kata Hisham, pihaknya yakin walaupun menyedari hakikat bahawa kawasan ESSCOM melibatkan kawasan pantai sepanjang lebih 1, 400 kilometer untuk dikawal.