NATIONAL
Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu

Polis sedang menjalankan siasatan terperinci mengikut Seksyen 379 A (2) Kanun Keseksaan. Suspek masih bebas dan sedang diburu. -Gambar fail/PDRM
LAHAD DATU: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian cermin kereta dipecahkan dan kehilangan bateri melibatkan 11 kereta di Kampung Desa Bajau, Jalan Tengah Nipah, di sini, semalam.
Ringkasan AI
- Sebelas kereta di Kampung Desa Bajau mengalami cermin dipecahkan dan bateri dicuri.
- Polis sedang menjalankan siasatan terperinci mengikut Seksyen 379 A (2) Kanun Keseksaan. Suspek masih bebas dan sedang diburu.
- Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat di talian 016-8392694.
"Polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kes itu mengikut Seksyen 379 A (2) Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata suspek yang melakukan khianat itu masih bebas dan sedang diburu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu Sarjan Martin Motuin di talian 016-8392694.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami