awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JHL tembak mati empat buaya di Lahad Datu

Bernama
Bernama
14/11/2024
15:08 MYT
JHL tembak mati empat buaya di Lahad Datu
Jabatan Hidupan Liar (JHL) menembak mati empat buaya jantan setiap satu berukuran lebih 3 meter dalam operasi tiga hari di sekitar Ladang Felda Sahabat 46, Tungku bermula Isnin lepas. - Gambar fail/BERNAMA
LAHAD DATU: Jabatan Hidupan Liar (JHL) menembak mati empat buaya jantan setiap satu berukuran lebih 3 meter dalam operasi tiga hari di sekitar Ladang Felda Sahabat 46, Tungku di sini bermula Isnin lepas.
Pegawainya Hairulnizam Hasnan @ Magiol berkata JHL menerima aduan daripada pihak ladang berhubung kehadiran buaya tersebut dan khuatir akan keselamatan pekerja mereka.
"Operasi tiga hari ini dijalankan bagi memastikan keselamatan pekerja ladang dan kaedah pancing buaya digunakan untuk menangkap haiwan itu.
"Kami (JHL) memasang pancing buaya di sekitar sungai serta pantai dan kemudian menunggu panggilan pihak ladang sekiranya terdapat buaya memakan umpan pancing tersebut," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata susulan operasi itu empat buaya berjaya ditangkap sebelum ditembak mati dan bangkainya ditanam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lahad Datu
#umpan pancing
#pekerja ladang
#buaya jantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan