Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan pihaknya sentiasa telus dan tidak akan menyembunyikan sebarang salah laku termasuk kelewatan serta penambahan kos projek membabitkan kementerian itu.
Katanya, sebagai `orang baharu' dalam kementerian berkenaan, beliau turut memberi jaminan untuk mewarisi ketelusan kepimpinan terdahulu bagi memastikan tiada penyelewengan berlaku.
Malah kata beliau, pihaknya sentiasa bersikap terbuka untuk mendedahkan perbuatan salah laku seperti itu kepada pengetahuan umum, terutama membabitkan projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2).
Hishammuddin berkata, kementeriannya telah memberikan penjelasan kepada pihak Audit Negara berhubung perkara itu.
“Mungkin penjelasan yang diberikan itu tidak sempat dicetak dan dilapor dalam audit berkenaan dan ini tugas pegawai di Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk meambah penjelasan apa yang tiada dalam laporan yang berkenaan,” katanya.
Beliau diminta mengulas laporan bahawa tiga kementerian termasuk Kementerian Pengangkutan akan dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menjelaskan kelemahan pengurusan masing-masing.
Ia berikutan cadangan Ketua Audit Negara setelah mengenal pasti kementerian bermasalah dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Hishammuddin berkata, beliau telah mengarahkan agar pembinaan projek KLIA 2 disiapkan mengikut jadual.
Tegasnya, beliau tidak mahu projek tersebut tertunda daripada tempoh yang ditetapkan selain memastikan penetapan kos mengikut ketetapan anggaran, tanpa berlaku penambahan.
Astro Awani
Wed Oct 02 2013
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Ingkar SOP: 60 premis diarah tutup serta merta, ini tumpuan kenyataan media Hishammuddin
Pada 11 Ogos 2021, sebanyak 918 SJR telah dilaksanakan di seluruh negara.
COVID-19: PKPD di 9 lokaliti di Sabah, Terengganu dan Pahang
Hishammuddin Hussein memaklumkan keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan.
#GarisMasa: Pelbagai kejadian menarik, curi tumpuan sepanjang Julai 2021
SYUKUR, bangga, sedih, bosan, gembira, terkejut dan berdebar. Itu antara perasaan yang dihadapi seluruh rakyat Malaysia ketika ini, khususnya sepanjang Julai tahun ini.
Belanjawan 2021: Wisma Putra akan manfaat peruntukan demi pertahan kepentingan Malaysia
Beliau berkata peruntukan itu juga akan digunakan untuk mengukuhkan peranan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
Malaysia alu-alukan pengratifikasian ke-50 Triti Pengharaman Senjata Nuklear
Malaysia mengalu-alukan pengratifikasian ke-50 Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW).
China setuju tambah pembelian produk sawit hingga 2023
Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mempromosikan syarat kelestarian produk minyak sawit yang mematuhi label MSPO dan label makanan hijau.
Malaysia tentang pelan haram Israel terhadap Palestin
Malaysia menentang pelan haram dan unilateral oleh rejim Israel untuk melaksanakan rancangan pengilhakan sebahagian wilayah Palestin yang diduduki di Tebing Barat.
Sabah tetap milik Malaysia sampai bila-bila - Hishammuddin
Malaysia tidak akan mengiktiraf dan memenuhi sebarang tuntutan negara asing ke atas Sabah, tegas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Dua kategori rentas sempadan dimuktamadkan antara Malaysia-Singapura
SOP yang akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat itu melibatkan ahli-ahli perniagaan dan mereka yang berurusan antara negara.
62 jemaah tabligh terkandas di India selamat tiba di KLIA
Seramai 62 jemaah tabligh yang terkandas di India sejak Mac lalu akibat pandemik COVID-19 selamat tiba di tanah air awal pagi Sabtu.