Seorang lelaki berusia awal 30-an yang dipercayai mengalami histeria terpaksa diikat sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), dalam kejadian di Jalan Stesen Kampung Kuala Sawah dekat sini, hari ini.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Badroltamam Abd Aziz berkata dalam kejadian 7 pagi tadi, mangsa yang difahamkan masih bujang dan bekerja sebagai pekerja pemasangan kabel elektrik gagal dikawal oleh rakan sekerjanya yang kemudian bertindak menghubungi bomba.
"Pihak kami mendapat panggilan pada 7 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada 7.15 pagi. Ketika sampai kami dapati mangsa ketika itu berada dalam parit sedalam dua meter dan dalam masa yang sama meronta-ronta.
"Rakan mangsa tidak mampu mengawal tindakan agresif mangsa yang dipercayai mengalami gangguan histeria atau makhluk halus dan kami terpaksa mengikat mangsa untuk membolehkan mangsa dibawa ke HTJ untuk menerima rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama.
Seramai enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dikejarkan ke lokasi kejadian.
Bernama
Mon May 02 2016
Mangsa dikatakan berada dalam parit sambil meronta-ronta di Jalan Stesen Kampung Kuala Sawah sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar oleh pihak bomba.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
Histeria: Pelajar asrama SMK Batu Kikir, Jempol dibenarkan pulang sementara waktu
Kesemua 165 pelajar asrama SMK Batu Kikir (Model Khas), Jempol dibenarkan pulang sementara waktu susulan kejadian histeria di sekolah berkenaan.
Ngeri dan misteri... 'Histeria The Series' angkat isu sosial di sekolah
Astro Originals tampilkan kesinambungan filem box office 2008, Histeria, yang lebih berani, gore dan mengujakan.
Ibu tunggal buntu fikir nasib anak hidap penyakit misteri
Pelbagai usaha dilakukan bagi mengubati penyakit anak sulung daripada tiga beradik itu termasuk membawanya ke hospital dan berubat secara tradisional.
Penonton Munafik 2 terkena histeria bila ustaz Azhar baca ayat Ruqyah?
Filem sekuel, Munafik 2 yang mencetuskan fenomena dengan sambutan luar biasa daripada penonton terus mencuri tumpuan apabila dikatakan ada dalam kalangan penonton yang terkena 'histeria'.
Histeria menyerang SMK Ketereh, puluhan pelajar jadi mangsa
Histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh kembali menyerang buat kali ketiga dengan 30 pelajar pula menjadi mangsa.
Histeria: Lelaki diikat sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar
Mangsa dikatakan berada dalam parit sambil meronta-ronta di Jalan Stesen Kampung Kuala Sawah sebelum dikejarkan ke hospital oleh pihak bomba.
Histeria berkait rapat dengan kebersihan diri
Histeria adalah berkait rapat dengan penjagaan kebersihan diri, dan jika ia diabaikan, mahkluk halus akan mudah mendekati mangsa.
PPD diberi kuasa tangani kes histeria - Mahdzir
Pihak sekolah juga dibenar mencari penyelesaian terbaik termasuk dengan menggunakan kaedah perubatan tradisional.
Sekolah histeria: Pengamal perubatan Islam bantu halau makhluk halus
Beberapa pengamal perubatan Islam dan dukun sudah memulai sesi menghalau makhluk halus di sekolah berkenaan.
Takutkan anak dengan makhlus halus penyebab histeria - Mufti Kelantan
Sikap menakut-nakutkan anak dengan makhluk halus merupakan antara penyebab berlaku histeria, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.