awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Honda Accord di Amerika Syarikat diberi perubahan untuk 2016

Astro Publication
Astro Publication
24/07/2015
14:48 MYT
Honda Accord di Amerika Syarikat diberi perubahan untuk 2016
Honda Accord yang diberi nafas baharu untuk tahun 2016 sudah dipersembahkan untuk pasaran Amerika Syarikat semalam; dan pembaharuan yang paling besar datang dalam bentuk peningkatan tahap teknologi. Dan atas sebab itu, kereta ini telah dipersembahkan kepada umum di Lembah Silikon, iaitu hab teknologi yang terkenal di dunia.
Model Accord tahun 2016 ini bakal muncul di pasaran Amerika Syarikat bermula bulan Ogos nanti dan adalah antara kereta model pengeluaran besar-besaran pertama yang dilengkapkan dengan sistem ketersambungan menyeluruh kepada CarPlay (Apple) dan Andoid Auto.
Pengalaman digital Keanjalan kedua-dua sistem (CarPlay dan Android Auto) pasti akan dapat memuaskan hati kedua-dua pengguna sistem operasi paling dominan ini. Kawalan diberikan melalui skrin sentuh tujuh inci yang turut menjadi input bagi HondaLink Assist. Selain menjadi antaramuka peranti dan kereta, skrin ini juga memberi kawalan bagi sistem audio dan juga pelbagai lagi ciri pada Accord ini. Sebuah lagi skrin 7.7 inci memberi maklumat bagi (antara lain), arahan sistem navigasi, maklumat perjalanan, imej daripada kamera-kamera LaneWatch atau kamera undur, dan juga maklumat daripada telefon bimbit (panggilan masuk, mesej teks).
Keselamatan Honda Accord tambah baik ini mampu untuk dilengkapkan dengan Honda Sensing, iaitu sekumpulan ciri-ciri keselamatan dan bantuan pemandu yang begitu rapi bagi kelasnya. Ini termasuk sistem brek autonomous Collision Mitigation Braking System (CMBS) beserta Forward Collision Warning (FCW), Lane Keeping Assist (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM) dan juga cruise control adaptif. Kamera pandang belakang pelbagai sudut dan lampu utama automatik (secara automatik merendahkan lampu ‘high beam’ apabila mengesan ada kereta dari arah bertentangan) juga antara spesifikasi yang boleh didapati pada Accord 2016.
Enjin dan kotak gear Tiada perubahan dari sudut unit pacuan, di mana enjin-enjin empat silinder 2.4-liter dan V6 3.5-liter masih tetap dikekalkan untuk untuk memberi output 185hp dan 278hp masing-masing. (Tork pula adalah 245Nm dan 341Nm).
Enjin empat silinder tersebut dipadankan dengan transmisi CVT manakala unit V6 dipasang dengan automatik enam kelajuan. Perincian untuk varian hibrid akan diumumkan tidak lama lagi.
Rekaan Accord baharu dengan tambah baik untuk 2016 ini jelas mempunyai rekaan yang lebih garang, terutamanya dengan bahagian hadapan yang lebih menonjol. Lampu kabus adalah jenis LED, yangdipasang pada bampar yang lebih bersegi. Bonet hadapan sekarang adalah daripada aluminium yang dipadankan dengan rekaan lampu LED utama yang unik.
Varian yang kita lihat di sini dipasang dengan aloi 19 inci baharu. Pengunaan mentol LED turut digunakan pada bahagian belakang kereta.
Topic Berkaitan
# Accord
# Android
# CarPlay
#Honda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan