Keputusan bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah melepaskan semua jawatan dalam Kabinet dan UMNO tidak seharusnya dipolitikkan atau menimbulkan pelbagai spekulasi, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Beliau berkata setiap individu mempunyai hak untuk menentukan pilihannya dan semua pihak perlu menghormati pilihan itu.
"Beliau (Ahmad Husni) telah lakukan tugas yang baik dan sekarang memilih untuk berundur. Berundur ini banyak sebabnya...kita tak usah nak viral, spekulasi atau buruk sangka.
"Biar Ahmad Husni berehat. Sekarang tidak ada sesiapa yang boleh paksa kita pegang jawatan atau bersara. Itu yang menjadi amalan parti dan kerajaan," kata menteri besar kepada Bernama di sini hari ini.
Pada Isnin, Ahmad Husni melepaskan semua jawatannya dalam UMNO dan hanya mengekalkan jawatan Anggota Parlimen Tambun manakala pada Jumaat sebelumnya, perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peletakan jawatan Ahmad Husni sebagai Menteri Kewangan Kedua.
Adnan turut menyifatkan tindakan pembangkang yang membesar-besarkan isu peletakan jawatan Ahamd Husni sebagai 'tidakan biasa yang tidak perlu dihairankan kerana sudah menjadi lumrah sebagai pembangkang'.
Menteri besar Pahang itu menambah apa yang seharusnya menjadi keutamaan UMNO adalah memastikan pengganti Ahmad Husni dapat meneruskan dan melakukan tugas dengan cemerlang seperti yang telah dicorakkan beliau.
"UMNO juga tidak akan bermasalah. Jika dilihat sejarah parti, UMNO telah melalui pelbagai krisis sebelum ini. Kita hanya perlu pandang ke depan, fokus dan bertahan...Mereka yang pandang ke belakang memang akan ketinggalan.
"Dalam politik pelbagai perkara boleh berlaku tapi siapa yang boleh bersabar, bertahan dan dapat mengatasi segala cabaran, merekalah yang akan bertahan," katanya.
Mengulas pemecatan bekas Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada UMNO pada Jumaat lalu, Adnan berkata tindakan itu membuktikan tiada siapa mengatasi peraturan dan undang-undang parti.
Sebagai sebuah parti yang memerintah, UMNO juga perlu menunjukkan contoh dan komitmen terhadap undang-undang yang didukungnya kepada parti lain, khususnya kepada parti komponen Barisan Nasional (BN), tambahnya.
"Saya harap Muhyiddin dan Mukhriz dapat menerima tindakan itu dengan hati yang terbuka dan dalam politik UMNO, tidak pernah tiada persengketaan. Ini adalah cara kita belajar dan menjadikan politik UMNO semakin matang," katanya.
Bernama
Thu Jun 30 2016
ADNAN: Biar Ahmad Husni berehat. Sekarang tidak ada sesiapa yang boleh paksa kita pegang jawatan atau bersara. Itu yang menjadi amalan parti dan kerajaan. -Gambar fail
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
PRK: Adnan Yaakob sangkal dakwaan Pelangai tidak membangun
Bekas Menteri Besar Pahang Tan Sri Adnan Yaakob menyangkal dakwaan Barisan Nasional (BN) gagal membawa pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
"UMNO pun dah nak bungkus" - Adnan Yaakob
Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu disifatkan sebagai petanda parti itu akan mengalami lebih banyak kekalahan selepas ini.
Adnan Yaakob terima ijazah undang-undang pada usia 72 tahun
Minat mendalam terhadap ilmu menjadi pendorong kepada bekas Menteri Besar Pahang ke-14 Tan Sri Adnan Yaakob untuk menamatkan pengajian Sarjana Muda Undang-Undang pada usia 72 tahun.
36 tahun bergelar wakil rakyat, Adnan Yaakob umum bersara
Setelah 36 tahun menabur bakti kepada rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai yang juga bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob mengumumkan persaraannya, hari ini.
UMNO jangan sombong, bongkak dan angkuh - Perwakilan Wanita
Kemenangan Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai bukan jaminan mutlak parti itu sudah diterima rakyat sepenuhnya.
Bumi Pahang 'menangis' sambut kepulangan Sultan Ahmad Shah
Sejak petang, cuaca mendung sebelum gerimis membasahi ruang udara Pangkalan Udara Kuantan, semasa pesawat khas yang membawa jenazah almarhum dari Pangkalan Udara TUDM Subang mendarat pada 7.25 petang.
Penyata kewangan Pahang dipinda, hutang tidak setinggi RM3.17 bilion - Adnan
Bekas menteri besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa bahawa penyata kewangan kerajaan negeri Pahang telah dipinda oleh pihak tertentu.
Sultan Pahang tunjuk perkembangan positif
Baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat dan pemimpin di Pahang kerana mendoakan kesejahteraan serta kesihatan ayahanda baginda.
Penstrukturan semula PAIP kurangkan beban hutang negeri Pahang
Penstrukturan PAIP akan membolehkan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan dihapuskan dengan statusnya ditukar kepada geran atau peruntukan.
Hutang RM3 bil bukan sebab ketidakcekapan atau berjoli - Adnan Yaakob
Beliau berkata jumlah hutang itu dihimpunkan daripada pentadbiran menteri besar terdahulu dan tidak mudah untuk dijelaskan kerana kerajaan negeri mempunyai hasil yang terhad.