Umat Islam diingatkan supaya menghormati kehadiran Ramadan dengan tidak membuat fitnah, mencaci dan membuat cerita tidak benar hingga menimbulkan kebencian seterusnya permusuhan sesama sendiri.
Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, tindakan seperti itu hanya akan merugikan generasi akan datang dan negara.
"Sempena kehadiran Ramadan ini saya ingin mengingatkan diri saya dan umat Islam supaya kita sentiasa bersatu dan tidak mudah berbalah supaya kita dapat tinggal dalam keadaan harmoni, bersatu dan bermuafakat seperti pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat," titah baginda.
Baginda bertitah demikian semasa majlis perasmian Masjid Sungai Koyan, berbuka puasa bersama-sama rakyat serta pengurniaan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di sini petang semalam.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Masjid baru dinamakan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah itu bernilai RM4.22 juta dibina dengan peruntukan kerajaan pusat pada 2012 dan mula digunakan pada 26 Mei 2016.
Masjid berkeluasan 1,095 meter persegi itu mampu menampung sekitar 1,200 jemaah pada satu-satu masa.
Tengku Abdullah turut mengingatkan anggota jawatankuasa masjid itu supaya bergerak lebih aktif dengan mempelbagaikan aktiviti kerohanian, pembangunan fizikal dan intelektual bagi menjana kecemerlangan umat Islam.
Baginda juga meminta supaya 3,000 masyarakat di Felda Sungai Koyan 1, 2, dan 3 serta masyarakat Orang Asli beragama Islam berhampiran, supaya memanfaatkan kemudahan dan mengimarahkan masjid baharu tersebut.
"Apa guna masjid gah tetapi kualiti pegawainya masih di takuk lama.
"Saya berkeyakinan tinggi pegawai-pegawai masjid di Pahang mempunyai kesedaran tinggi untuk mengurus masjid sebaik mungkin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 29 2018

Tengku Abdullah mengingatkan AJK masjid supaya bergerak lebih aktif dengan mempelbagaikan aktiviti kerohanian, pembangunan fizikal dan intelektual bagi menjana kecemerlangan umat Islam. - Gambar fail
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Polis siasat video bekas Ahli Parlimen didakwa fitnah Anwar, Saifuddin Nasution
Polis sedang menyiasat kemunculan sebuah video dimuat naik oleh seorang bekas Ahli Parlimen, yang dipercayai memfitnah Anwar dan Saifuddin.

Kes saman Anwar terhadap Ahmad Amzad selesai secara baik
Saman itu berhubung dakwaan kenyataan berbaur fitnah bahawa Anwar berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

Buka aib pasangan di media sosial bawa fitnah, perpecahan dalam keluarga - Mohd Na'im
Perbuatan membuka aib pasangan di khalayak ramai terutama di media sosial bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai murni masyarakat.

Polis kesan suspek isu 3R libat fitnah MB Perak, JAIPk
Satu kertas siasatan dibuka membabitkan komen jelik berbaur fitnah terhadap Saarani manakala satu lagi berkait teks khutbah disediakan JAIPk.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM
Polis sedang mengesan pemilik blog yang dipercayai memuat naik kandungan didakwa berunsur fitnah terhadap bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.

Kerajaan, pembangkang perlu bersatu tangani fitnah dalam talian
Kedua-dua blok perlu berganding bahu mencari penyelesaian terbaik kerana budaya fitnah serta hasutan jika dibiarkan boleh menjejaskan perpaduan.

Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Papagomo dilarang keluar kenyataan fitnah terhadap KPN, diarah padam video
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berjaya dalam permohonannya untuk menghalang blogger Papagomo daripada mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya.

Papagomo diperintah padam kenyataan fitnah terhadap KPN
Pesuruhjaya Kehakiman benarkan permohonan Razarudin untuk perintah injunksi bagi menghalang Papagomo keluarkan kenyataan berbaur fitnah.