KAJANG: Semua pihak diminta menghormati pemergian atlet memanah negara, Haziq Kamaruddin dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kematiannya hari ini.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata andaian dibuat segelintir pihak berhubung kematian pemanah recurve berusia 27 tahun itu adalah sikap amat tidak bertanggungjawab sedangkan atlet berkenaan banyak memberikan sumbangan kepada negara.
"Kita kena hormati perasaan ahli keluarga arwah. Seandainya apa-apa kesimpulan mahu dibuat, tunggu bedah siasat, sebarang maklumat (hasil bedah siasat) akan dikongsikan nanti. Keluarganya reda dan isterinya rasa sedih tapi beliau rasa ini satu fitnah (membuat spekulasi mengenai kematian Haziq).
"Marilah kita menjadi waranegara yang bertanggungjawab. Jika ada yang kita rasa sekarang, rasailah perasaan sedih dan kesedihan keluarga Allahyarham," katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga dan isteri Allahyarham, Shahira Abdul Halim di Hospital Kajang di sini.
BACA: Pemanah negara Haziq Kamaruddin meninggal dunia
Beliau mengulas soalan media mengenai spekulasi berhubung kematian pemanah negara tersebut.
Reezal Merican berkata beliau sudah menghubungi Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba untuk membantu mempercepatkan proses bedah siasat terhadap Allahyarham untuk melancarkan urusan pengebumian.
Beliau berkata pihaknya juga akan membantu keluarga arwah dalam urusan penghantaran jenazah dan pengebumian di Merlimau, Melaka selain menjelaskan bahawa Allahyarham Haziq tidak menghadapi sebarang penyakit kecuali gout.
"Sehari sebelum raya, beliau masih meneruskan latihan bersama jurulatih (Lee Jae-hyung) dan semalam beliau mendapatkan kebenaran untuk pulang ke rumah.
"Pagi ini, selepas keluar dari tandas, arwah menggigil dan tidak sedarkan diri. Beliau terus dikejarkan ke hospital (Kajang) dan disahkan meninggal dunia pada 9.37 pagi," katanya.
Reezal Merican menyifatkan pemergian arwah yang banyak berjasa kepada negara sejak menyertai program elit pada 2012 sebagai satu kehilangan buat arena sukan negara.
Pemanah berasal dari Johor itu pernah dua kali mewakili negara di temasya Sukan Olimpik iaitu pada edisi London 2012 dan Rio 2016, selain sedang mengejar slot kelayakan untuk Sukan Olimpik Tokyo yang dijadual berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.
Allahyarham yang sedang menjalani persiapan untuk kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo sepatutnya menyertai kejohanan kelayakan Olimpik terakhir di Perancis pada 16 Jun.
Sepanjang sedekad mewakili negara, Haziq pernah meraih pingat emas pada Grand Prix Asia 2011 di Laos dan gangsa Piala Asia 2019 di Filipina, selain meraih empat emas dan dua perak menerusi acara individu di Sukan SEA sejak edisi 2011 hingga 2019.
Bernama
Fri May 14 2021
kali mewakili negara di temasya Sukan Olimpik iaitu pada edisi London 2012 dan Rio 2016, selain sedang mengejar slot kelayakan untuk Sukan Olimpik Tokyo yang dijadual berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan. - Gambar fail
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan
Seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova.
Buah-buahan Malaysia buat penampilan pertama di Namibia
Acara yang diadakan di kompleks diplomatik itu mempamerkan mangga harum manis, nangka, nanas MD2, jambu lohan dan limau bali.
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Seleweng Projek RM1.2 Bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selangor negeri kelapan terima pakai Akta 672 - Nga
Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di negeri itu.
Hormati pemergian Haziq, jangan buat spekulasi - Reezal
Semua pihak diminta menghormati pemergian atlet memanah negara, Haziq Kamaruddin dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kematiannya hari ini.