awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi

Bernama
Bernama
15/05/2024
14:12 MYT
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Rafizi berkata, sebarang keputusan berhubung pelaksanaan mekanisme tersebut, hanya akan diputuskan oleh kerajaan pada tempoh yang sesuai, untuk mengelakkan spekulasi inflasi. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa.
Walau bagaimanapun, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sebarang keputusan berhubung pelaksanaannya akan dibuat kerajaan mengikut perancangan yang sudah diatur bagi mengelakkan spekulasi inflasi.
"Kerajaan sedang cuba sedaya upaya untuk mengelakkan spekulasi inflasi, justeru yang terbaik kami simpan dahulu penyusunannya.
"Rahsia ini untuk menguruskan keseimbangan mengenai bagaimana tindakan pasaran dan masyarakat," beliau berkata kepada media ketika ditanya perkembangan PADU selepas majlis pelancaran rancangan realiti INNOVATHON musim kedua, pada Rabu.
Jelas Rafizi, apa yang dibimbangi ialah kemunculan kumpulan tertentu yang akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga dan mengaut keuntungan, sekiranya penyusunan, jadual dan keputusan yang dibuat kerajaan sampai dengan cara yang tidak tepat.
Tambahnya, apa yang terbaik bagi kerajaan buat masa ini adalah untuk menyediakan kesemua maklumat berkenaan data dan dilaksanakan mengikut perancangan.
Pada 2 Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan PADU iaitu sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah, meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia.
Objektif PADU ialah sebagai penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan hampir masa sebenar, yang membolehkan analitik data lebih tepat dihasilkan serta penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data, selain membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.
-BERNAMA
Topic Berkaitan
#Inflasi
#PADU
#pelaksanaan dasar
#pangkalan utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan