awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital Bera dijangka siap penghujung tahun 2021

Astro Awani
Astro Awani
09/10/2021
11:29 MYT
Hospital Bera dijangka siap penghujung tahun 2021
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan lakaran gambar Hospital Bera pada sidang media selepas melawat tapak pembinaan hospital tersebut yang masih dalam pembinaan semasa lawatan kerjanya di Bera hari ini. - Foto BERNAMA
BERA: Penantian penduduk Bera menunggu sebuah hospital akhirnya tercapai apabila sebuah hospital baharu dijangka siap penghujung tahun ini.
Hospital yang berkapasiti 40 buah katil itu yang dibina dengan kos RM130 juta bakal menempatkan 480 kakitangan, akan memberi perkhidmatan kepada 150,000 penduduk Bera.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jika selama ini penduduk di Bera terpaksa ke Temerloh atau ke Kuala Pilah, namun pada tahun hadapan mereka tidak perlu lagi keluar daerah bagi mendapatkan perkhidmatan perubatan.
“Saya harap seperti yang dijanjikan akan siap sebelum akhir tahun ini jadi tidak ada lagi isu kelewatan.
“Selama ini warga Bera kalau nak ke hospital terpaksa ke Temerloh, yang bersempadan dengan Negeri Sembilan terpaksa ke Kuala Pilah jadi kita terpaksa ke tempat lain. Maka hospital di Bera ini amat penting sebab Bera ini luas,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas melawat tapak pembinaan hospital tersebut yang masih dalam pembinaan semasa lawatan kerjanya di sini hari ini.
Tambah Ismail Sabri, Hospital Bera kini sudah siap 98 peratus dan bakal diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Januari 2022.
Topic Berkaitan
#Hospital Bera
#ismail sabri yaakob
#Perdana Menteri
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan