awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital Bera mula operasi awal tahun hadapan

Bernama
Bernama
09/10/2021
13:35 MYT
Hospital Bera mula operasi awal tahun hadapan
Ismail Sabri berkata prestasi kerja pembinaan hospital yang terletak di Bandar Bera itu kini berada di tahap 98 peratus, dengan kerja yang masih berbaki melibatkan kemasan terakhir dan peralatan. - Gambar/ Bernama
BERA: Hospital Bera yang dalam peringkat akhir pembinaan dijangka memulakan operasi pada awal tahun hadapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berkata prestasi kerja pembinaan hospital yang terletak di Bandar Bera itu kini berada di tahap 98 peratus, dengan kerja yang masih berbaki melibatkan kemasan terakhir dan peralatan.
Pembinaan hospital dengan kapasiti 40 katil itu bermula pada 2 Okt 2010 namun khidmat kontraktor asal ditamatkan pada tahun 2012 selepas hanya mampu menyudahkan 57 peratus daripada kerja pembinaan sebelum kontraktor penyelamat dilantik pada tahun 2016.
"Bagaimanapun kontraktor penyelamat juga ditamatkan pada tahun lalu kerana mempunyai masalah semasa tahap kerja sudah berada pada 93 peratus yang membawa kepada pelantikan kontraktor ketiga pada 5 Jan tahun ini.
"Insya-Allah penantian lebih 150,000 penduduk Bera untuk memiliki hospital sendiri akan tercapai sama ada pada Januari atau Februari tahun hadapan," katanya pada sidang media selepas meninjau pembinaan hospital itu di sini hari ini.
Beliau berkata pembinaan Hospital Bera mengalami kelewatan daripada perancangan asal dan dijadualkan siap pada Disember ini.
Ismail Sabri sebelum itu mendengar taklimat perkembangan pembinaan hospital itu daripada Ketua Pengarah Kerja Raya Datuk Mohamad Zulkefly Sulaiman.
Kelewatan pembinaan hospital yang dibina di atas tanah berkeluasan 13.3 hektar itu juga, menurut Ismail Sabri menyebabkan kos asal sebanyak RM88 juta meningkat kepada RM130 juta.
Berhubung perjawatan di hospital itu, Ismail Sabri berkata ia dijangka menerima 480 kakitangan kesihatan dengan kemudahan kuarters disediakan bersebelahan bangunan utama hospital.
"Kita juga berharap Kementerian Kesihatan (KKM) akan menempatkan doktor pakar di sini untuk kemudahan penduduk kerana Bera adalah sebuah daerah yang luas.
"Pembinaan hospital ini memudahkan penduduk yang terpaksa ke hospital daerah berhampiran untuk rawatan kesihatan seperti Hospital Temerloh atau ke hospital di Kuala Pilah (Hospital Tengku Ampuan Najihah) untuk mereka yang berhampiran sempadan Negeri Sembilan," katanya.
Ismail Sabri berkata antara kemudahan yang amat diperlukan oleh penduduk daerah itu ialah unit dialisis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Bera
#Ismail Sabri
#projek sakit
#kontraktor penyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan