awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital Regency cipta sejarah hospital swasta pertama guna robotik tangani virus

Firdaus Azil
Firdaus Azil
10/08/2020
03:46 MYT
Hospital Regency cipta sejarah hospital swasta pertama guna robotik tangani virus
Sunburst UV Bots dikatakan berkeupayaan untuk membunuh 99.9 peratus virus dan bakteria.
Hospital Pakar Regency mencatat sejarah sebagai hospital swasta pertama menggunapakai teknologi robotik nyah infeksi kuman dalam usaha mengawal penularan COVID-19 di negara ini.
Teknologi yang dihasilkan Kumpulan Robotik PBA berpangkalan di Singapura itu, menggunakan robot Sunburst UV Bots, di mana ia berkeupayaan untuk membunuh 99.9 peratus virus dan bakteria.
Dilengkapi dengan lampu Ultraviolet-C yang mampu memancarkan sinaran UV-C, robot itu boleh mengesan, bergerak sendiri, serta menyesuaikan diri dengan persekitaran seperti koridor, wad, serta lain-lain kelengkapan di hospital itu.
“Kami sangat mengambil berat tentang pesakit dan pelawat di hospital kami. Kami komited untuk memastikan persekitaran yang selamat dalam usaha mengurangkan pendedahan oleh sebarang jenis virus dan bakteria terhadap pesakit kami, serta doktor dan staf hospital.
“Sama ada di dalam wad, atau di ruang legar hospital, pesakit dan pelawat kami perlu sentiasa berada dalam pesekitaran yang selamat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar Regency, Serena Yong dalam kenyataan media.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Robotik PBA, Derrick Yap berkata, sebagai peneraju syarikat teknologi robotik di rantau ini, penggunaan robot berekanaan menzahirkan usaha pelan komprehensif mereka untuk membantu negara serantau menangani COVID-19.
“Dengan menggabungkan teknologi Autonomous Mobile Robots (AMRs) dan teknologi nyah disinfeksi, kami yakin dapat memastikan keselamatan petugas di barisan hadapan, pesakit, dan orang awam dalam fasiliti kesihatan.
“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Hospital Pakar Regency dan Pusat Perubatan Mahkota untuk untuk membawa teknologi ini ke hospital. Ini bakal membantu kami mencapai objektif untuk menangani virus menggunakan Sunburst UV di hospital-hospital negara ini,” katanya Derrick lagi.
Topic Berkaitan
#Hospital
#keselamatan
#kesihatan
#koronavirus
#PBA Robotik
#perubatan
#Regency Private Hospital
#Sunburst UV
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan