Hospital Sri Aman yang sebelum ini dilabelkan sebagai antara 'projek sakit' di Sarawak, akan dijadikan hospital utama bagi memenuhi keperluan penduduk dan kawasan sekitarnya, selepas ia mula beroperasi, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Dr Lee berkata hospital yang menelan belanja RM175.27 juta itu kini sudah 82.5 peratus siap, dan dijangka dapat beroperasi pertengahan tahun hadapan, selepas tempoh percubaan selama enam bulan dilakukan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Kedatangan saya ini juga adalah untuk mengenal pasti punca kelewatan dan untuk mencari penyelesaian, supaya kita mahu pastikan projek ini berjalan seperti yang dirancang.
"Kita juga merancang supaya Hospital Sri Aman ini dapat membekalkan perkhidmatan beberapa kepakaran untuk kawasan ini dan menjadi 'lead hospital' untuk kawasan sekitarnya," katanya pada sidang media, selepas melawat tapak Klinik Kesihatan Lubok Antu pada Selasa.
Sebelum ini projek hospital itu diklasifikasikan sebagai antara enam 'projek sakit' di Sarawak, berikutan kelewatan kerja-kerja pembinaan sehingga gagal disiapkan mengikut jadual.
Sementara itu, Dr Lee berkata Klinik Kesihatan Lubok Antu yang dijangka siap hujung tahun depan akan mempunyai empat blok kuarters, untuk kemudahan kakitangannya.
Untuk rekod, bagi kemudahan penduduk di negeri ini KKM telah membina klinik kesihatan di beberapa kawasan iaitu jenis 2 di Miri dan Tabuan Jaya, manakala jenis biasa di Serian, Siburan, Nangga Kemalih, Long Nampir dan Simpang Bukut.
Bernama
Tue Jan 14 2020

Dr Lee (tengah) mempunyai visi Hospital Sri Aman dapat membekalkan perkhidmatan beberapa kepakaran untuk kawasan sekitarnya. - Bernama

Tahanan dirogol di dalam lokap, dua anggota polis Miri digantung tugas
Lokap mangsa telah dibuka oleh suspek yang memiliki kunci lokap, sebelum bertindak merogolnya di tandas lokap.

Tragedi Sriwijaya Air: Sistem pengangkutan udara di ambang bahaya?
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) haruslah mengambil iktibar dalam memastikan tragedi seumpama ini tidak akan berlaku lagi.

Remaja maut, motosikal terbabas di hadapan balai bomba
Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal terbabas ke bahu jalan.

AWANI Ringkas: Parti CDU Jerman lantik pemimpin baharu | Tenis Terbuka Australia dilanda badai Covid-19
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

Vaksin COVID-19 | India mulakan kempen vaksinasi besar-besaran
India memulakan kempen vaksinasi COVID-19 nasional pada Sabtu. Keutamaan suntikan vaksin adalah petugas kesihatan.

PKP 2.0 | Tahap pematuhan pengguna jalan raya di Melaka, ditahap tertinggi
Kadar pematuhan pengguna jalan raya di Melaka sejak awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 berada di tahap membanggakan. Tiada sebarang kompaun dikeluarkan oleh pihak berkuasa, ketika pemeriksaan di sekatan jalan raya, sehingga Jumaat.

COVID-19 | Kes positif dunia melebihi 94.2 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 94.2 juta kes. Ia berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

COVID-19 | Angka korban global melebihi 2.01 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.01 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 393 ribu kes.

COVID-19 | 47 pemain jalani kuarantin
Persediaan bagi Kejohanan Tenis Terbuka Australia kandas, apabila 47 pemain diarahkan untuk jalani kuarantin. Ini selepas beberapa penumpang dalam pesawat sewa khas yang tiba di Melbourne disahkan positif COVID-19.

COVID-19 | Kajian penjujukan genom perlu dipertingkat
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sarankan penjujukan genom terhadap koronavirus perlu ditingkatkan bagi memantau mutasi virus tersebut. Selain itu, vaksin COVID-19 harus diedarkan secara adil ke seluruh dunia bagi meminimumkan jumlah kematian.

COVID-19: Pelawat ke Singapura perlu miliki insurans bermula 31 Jan
Insurans tersebut untuk kos rawatan dan kemasukan ke hospital berkaitan COVID-19.

Hanya dua daerah di Sabah zon kuning, tiga zon jingga
Daerah yang berada dalam zon kuning ialah Tongod dan Telupid manakala Nabawan, Beluran serta Kuala Penyu diletak di bawah zon jingga.

Jeffrey pulih COVID-19, dibenarkan pulang
Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan isteri telah discaj dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) selepas pulih daripada jangkitan COVID-19 hari ini.

Hospital Bersepadu MAEPS mula beroperasi 24 Jan depan - Dr Adham
Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini.

COVID-19: KKM akan adakan perbincangan lanjut mengenai pengurusan pesakit di hospital swasta
KKM akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Hospital Swasta Malaysia dalam masa terdekat berkenaan pengurusan pesakit COVID-19.

COVID-19: Pesakit mati lemas akibat kurang bekalan oksigen di Brazil
Bekalan oksigen hampir habis di beberapa hospital dan wad rawatan rapi penuh sehingga sejumlah pesakit diangkut ke negeri lain.

COVID-19: Tujuh atlet negara dibenar keluar daripada pusat kuarantin
Kesemua individu berkenaan kini berada di Casa MSN untuk tujuan pemulihan kecergasan.

Proklamasi Darurat: ATM diberi kuasa menangkap, hospital swasta enggan beri kerjasama boleh didenda
Ismail Sabri Yaakob, berkata kuasa itu tertakluk sepanjang tempoh Ordinan Darurat berkuat kuasa hingga Ogos depan.

COVID-19: KKM akui berlaku peningkatan kes di pusat dialisis
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengakui wujud pertambahan kes melibatkan beberapa pusat rawatan dialisis.

Zahidi Zainul Abidin sah positif COVID-19, jalani rawatan di Hospital Sungai Buloh
Ahli Parlimen Padang Besar itu telah menjalani ujian saringan sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada 11 Januari lepas.