KUALA LUMPUR: Seramai empat wanita yang dikaitkan dengan iklan video intim seorang lelaki dikenali ‘Hot Daddy’, didenda antara RM2,500 hingga RM4,800 oleh tiga Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, masing-masing atas satu pertuduhan memiliki video lucah.
Mereka ialah penganggur, Nurnabilah Ayuni Hanafi, 22, dan pemandu pelancong, Amira Natasha Mohammad, 26, masing-masing didenda RM3,000; penuntut universiti, Nur A’liaa Muhamad Rosly, 22 (RM4,800) serta eksekutif pemasaran, Farah Adila Hanum Khairuddin, 36 (RM2,500).
Semua tertuduh dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah, atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim, Noorelynna Hanim Abd Halim dan Illi Marisqa Khalizan.
Mahkamah memerintahkan semua tertuduh ini dipenjara antara satu hingga enam bulan, jika gagal membayar denda terbabit.
BACA: ‘Hot Daddy’, dua rakan wanita didakwa iklankan khidmat persundalan
Mengikut pertuduhan, wanita-wanita itu didakwa memilik video lucah itu bagi maksud menunjukkannya secara awam di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sini jam 5 petang, pada 30 Januari lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhafiezah Mohamed Fauzi, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal, Zuhairi Osman, Sheryn Yong Shi Yee dan Nor Aisyah Mohamed Zanyuin.
Semua tertuduh diwakili peguam, Aisya Rahim dan peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nicholas Cheoh serta Ernie Ahmad.
Sementara itu, dua lagi tertuduh iaitu, akauntan, Norfatihah Ramle, 30, dan penuntut kolej swasta, Felecia Lisa Nandong, 21, mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, S Arunjothy dan Nurul Izzah Shaharuddin.
Kesalahan didakwa dilakukan di lokasi sama dan dituduh mengikut pertuduhan bawah seksyen serupa.
Kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhafiezah Mohamed Fauzi manakala dua tertuduh itu diwakili peguam, Khairunnisa Azzahrah Ghazalie dan Zamier Abu Bakar.
Mahkamah membenarkan Norfatihah diikat jamin sebanyak RM3,000 sementara Felecia Lisa (RM2,000) dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 12 dan 26 Mac depan untuk sebutan semula kes. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 31 2024
Eenam tertuduh menutup muka masing-masing menggunakan selendang ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu. - Gambar/ Sinar Harian
AWANI Ringkas: Skim harga maksimum musim perayaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jenazah ADUN Sungai Bakap selamat dikebumi
Terdahulu, jenazah Nor Zamri dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dibawa ke rumahnya yang bersebelahan Masjid Jamek Sungai Acheh.
Fitnah menteri: Mahkamah Singapura perintah adik bekas PM Singapura bayar S$400,000
Mahkamah juga mengarahkan Lee Hsien Yang membayar S$51,000 sebagai kos kepada setiap menteri.
Persekitaran produksi sistem MyInvois dibuka mulai hari ini - LHDN
LHDN memaklumkan ia menunjukkan kemajuan terkini ke arah pelaksanaan mandatori e-Invois yang akan bermula pada 1 Ogos depan.
Pearly-Thinaah harap dapat teruskan rentak
Turun selaku pilihan kedua kejohanan, mereka hanya memerlukan 31 minit untuk menumpaskan Setyana Mapasa-Angela Yu dari Australia.
Kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap dimaklum kepada SPR esok - Chow
Setiausaha DUN Azizal Ahmad akan memaklumkan perkara berkenaan dan seterusnya kerajaan negeri menyerahkan kepada SPR bagi tindakan selanjutnya.
HUAWEI lancar pameran XMAGE terbesar di samping rai karya pengguna
HUAWEI julung kalinya melancarkan pameran HUAWEI XMAGE di Malaysia dengn tema 'A Heartwarming World, 12 Years of Huawei Photography' di samping meraikan hasil karya pengguna.
Semarakkan perpaduan menerusi Sambutan Minggu Perpaduan 2024
Kementerian Perpaduan menganjurkan Sambutan Minggu Perpaduan 2024 peingkat kebangsaan di Angsana Mall, Johor Bahru dalam usaha menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Rangkuman hari terakhir Persidangan Nikkei & lawatan rasmi PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Camii, Tokyo.
Tiket perlawanan Selangor FC 'sold out' lagi
Aksi membabitkan Selangor FC menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super habis terjual. Ini merupakan perlawanan kedua berturut-turut tiket perlawanan Selangor FC habis terjual.
Hot Daddy, dua rakan wanita didakwa lagi, jual video lucah
Hot Daddy bersama dua rakan wanitanya didakwa lagi di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas satu pertuduhan menjual video lucah.
Kandungan podcast langgar batas undang-undang boleh diambil tindakan - Fahmi
Kerajaan belum berhasrat untuk mengenakan sebarang kawal selia ke atas kandungan yang dihasilkan pengendali audio siar atau podcast.
'Mengejutkan!' - Menteri agama ingatkan pempengaruh jangan normalisasi maksiat
Pempengaruh media diingatkan agar tidak mencipta sensasi sehingga sanggup menormalisasikan perkara maksiat dan mungkar kerana menagih populariti.
'Hot Daddy': Empat wanita mengaku salah miliki video lucah
Empat wanita yang dikaitkan dengan iklan video intim seorang lelaki dikenali Hot Daddy, didenda kerana memiliki video lucah.