awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HTJ tubuh jawatankuasa siasatan dakwaan arah pesakit tidak stabil discaj

Bernama
Bernama
22/05/2023
14:20 MYT
HTJ tubuh jawatankuasa siasatan dakwaan arah pesakit tidak stabil discaj
Datuk Dr Zaleha Md Noor berkata jawatankuasa itu terdiri daripada pakar dan pegawai perubatan yang akan meneliti dakwaan berkenaan. - Gambar Astro AWANI
SEREMBAN: Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat isu membabitkan dakwaan yang mengatakan arahan dikeluarkan kepada pesakit yang masih tidak stabil untuk discaj dari wad hospital berkenaan, seperti yang tular di laman Facebook.
Pengarahnya Datuk Dr Zaleha Md Noor berkata jawatankuasa itu terdiri daripada pakar dan pegawai perubatan yang akan meneliti dakwaan berkenaan.
"HTJ memandang serius isu ini dan satu pertemuan dengan pengadu akan diadakan bagi mendapatkan gambaran yang lebih terperinci dan membincangkan mengenai aduan yang tular ini.
"Kami memohon mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap mereka yang terlibat sepanjang proses siasatan ini dijalankan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Hari ini, tular catatan menerusi Facebook seorang wanita yang meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa suaminya diarahkan untuk discaj dari wad di HTJ walaupun masih berada dalam keadaan tidak stabil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#HTJ
#stabil
#proses siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan