Hubungan pasang surut Malaysia dan Singapura bukan perkara baharu, namun kedua-dua negara akur saling memerlukan di antara satu sama lain.
Penganalisis politik antarabangsa, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, kebergantungan tinggi kedua-dua negara itu juga termasuk aspek menjaga kepentingan antara satu sama lain.
"Jadi sebab itu kita lihat walaupun Malaysia dan Singapura sering berdepan pelbagai isu, namun kedua-dua negara itu masing-masing mengetahui mereka tidak boleh berada terutama dari segi menjalin hubungan diplomatik di antara satu sama lain dengan mengenepikan negara berjiran.
"Dalam konteks ini, walau apa cara sekalipun, Singapura cuba untuk melakukan sesuatu yang menaikkan kemarahan kerajaan, dalam masa sama apabila Malaysia menyuarakan ketidakpuasan hati dan bertindak membuat tindak balas. Maka kerajaan Singapura akur mereka terpaksa tunduk dan perlu mencari jalan penyelesaian terutama bagi memastikan hubungan dua hala itu berjalan lancar
"Sebab itulah, walau apa sekali keadaan, kita dapati walaupun kerajaan bertukar, namun hubungan sama, ada ketika baik, ada ketika tidak baik. Namun yang pasti kedua-dua pihak saling cuba berusaha untuk menjaga kepentingan satu sama lain," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.
BACA: Singapura mengalu-alukan inisiatif Azmin adakan lawatan
BACA: Osman tegaskan beliau tidak ceroboh perairan Singapura
Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Singapura dan Malaysia bukan sahaja berjiran tetapi mempunyai hubungan kekeluargaan yang kuat sejak beberapa dekad lalu.
Singapura dan Malaysia kini dalam proses menyelesaikan perselisihan maritim di Tuas dan isu ruang udara Pasir Gudang.
Mohamed Azmin dilaporkan menemui Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan disusuli Menteri Pembangunan Negara Singapura, Lawrence Wong dan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan.
Dalam pada itu kata Dr Ahmad Martadha, Singapura perlu lebih peka dalam isu kejiranan apabila menganggap mereka lebih baik kerana kedudukan ekonomi atau hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS).
Jelasnya, kedua-dua kerajaan juga perlu akur dengan semangat saling memerlukan selain melihat sebarang tindakan akan memberi kesan terutama hubungan diplomatik Malaysia dan Singapura sendiri.
Kementerian Luar Negeri Singapura (MFA) sebelum ini mengalu-alukan inisiatif Mohamed Azmin untuk melakukan lawatan ke negara itu walaupun mesyuarat ke-14 Jawatankuasa Bersama Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM), yang pada asalnya dijadualkan pada Isnin ditangguhkan.
Wan Syamsul Amly
Thu Jan 17 2019
DR AHMAD MARTADHA: Apa yang pasti kedua-dua pihak saling cuba berusaha untuk menjaga kepentingan satu sama lain. - Gambar Sinar Harian
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.