KUALA LUMPUR: Dua perenggan dari hujahan lisan yang dikemukakan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung isu Palestin sangat bermakna.
Menurut Pengasas bersama Bantuan Perubatan untuk Palestin, Dr Ang Swee Chai, seruan Malaysia agar kerajaan di seluruh dunia untuk terus memberikan bantuan kepada United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees (UNRWA) memberi satu sinar kepada usaha bantuan kemanusiaan terhadap Palestin.
Beliau menjelaskan, UNRWA kini semakin berdepan kesukaran untuk menyalurkan bantuan akibat sekatan yang dikenakan.
"Saya rasa pada 22 Februari, mungkin saya silap, Kementerian Luar Malaysia telah menyerahkan hujahan kepada ICJ.
"Dua perenggan dari hujahan itu adalah menyeru kerajaan seluruh dunia secara rasmi memberi sumbangan kepada UNRWA untuk mengelak kerugian.
"Ini umpama nafas baharu. Saya rasa ini yang rakyat Malaysia boleh lakukan, bukan mendesak kerajaan anda tetapi desak semua kedutaan yang berada di sini untuk membantu," katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Beliau yang telah 42 tahun menjadi sukarelawan membantu rakyat Palestin, menganggap hujahan yang dikemukan oleh Malaysia itu sepatutnya disahut oleh negara-negara lain.
Swee Chai menegaskan, kesengsaraan warga Palestin bukan bermula 7 Oktober tahun lepas sebaliknya ia bermula lebih 70 tahun lampau.
Biarpun hanya sukarelawan, Swee Chai menganggap beliau bukan hanya rakan malah sebahagian dari keluarga rakyat Palestin.
Swee Chai juga menegaskan, jika tidak memutuskan untuk ke Gaza 42 tahun lalu, beliau tidak akan memahami apa makna kemanusiaan dan keadilan.
Astro Awani
Wed Mar 06 2024
Kesengsaraan warga Palestin bukan bermula 7 Oktober tahun lepas sebaliknya ia bermula lebih 70 tahun lampau. - Gambar hiasan
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Hujahan Malaysia di ICJ sangat bermakna untuk Palestin - Dr Ang Swee Chai
UNRWA kini semakin berdepan kesukaran untuk menyalurkan bantuan akibat sekatan yang dikenakan.
UNWRA perlu 160,000 liter bahan api setiap hari untuk beroperasi di Gaza
Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat berkata pihaknya memerlukan sebanyak 160,000 liter bahan api setiap hari di Gaza.