Hujan berterusan di Semenanjung hingga Sabtu

Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan, termasuk Terengganu, Pahang, Selangor, Putrajaya serta Negeri Sembilan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Amaran hujan berterusan hampir di seluruh Semenanjung dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.
Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan, termasuk Kemaman di Terengganu; Maran, Kuantan dan Pekan di Pahang; Klang, Kuala Langat dan Sepang di Selangor; Putrajaya serta Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan.
Sementara itu, amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Perak, iaitu Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Di Terengganu, kawasan terjejas termasuk Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. Manakala di Pahang, kawasan berisiko adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin.
Di Selangor, amaran hujan berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat. WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat dan Muar) turut terjejas.
Bagi kawasan tahap waspada, hujan berterusan dijangka berlaku di Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Kelantan serta Johor (Batu Pahat, Kluang dan Mersing).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


