Hujan lebat semalaman menyebabkan banjir kilat di beberapa tempat di negara ini, menjejaskan sebuah hospital, menyebabkan orang terkandas, penduduk kampung terpaksa dipindahkan dan turut menenggelamkan beberapa kereta.
Bagaimanapun, tiada yang cedera dalam banjir kilat itu.
Di Johor, Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar terjejas oleh banjir kilat yang melanda 22 kawasan rendah di Muar dan Tangkak kira-kira 10 pagi tadi berikutan hujan lebat melebihi 60 milimeter mulai 4 pagi.
Pengarah hospital pakar itu Dr Muhammad Yusof Sibert berkata banjir itu tidak menjejaskan operasi hospital dan air banjir mulai surut kira-kira 10.30 pagi.
Seramai 227 penduduk di Muar dan Tangkak dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat sejak pagi tadi, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Muar berkata kawasan terjejas termasuk pusat bandar Muar; Kampung Sabak Awor; Kampung Seri Menanti; Kampung Parit Tengah; Jalan Bentayan; Parit Perupok dan Kampung Dato' Seri Amar Diraja.
Di Kelantan, lebih 300 penduduk daripada 75 keluarga Orang Asli di Kampung Aring 5, Gua Musang dilaporkan terkandas selepas air Sungai Aring melimpah.
Kejadian itu juga menyebabkan jalan perhubungan utama penempatan itu ditenggelami air sedalam tiga meter sekitar 2 pagi berikutan hujan lebat sejak awal malam tadi.
Tok Batin Kampung Aring 5 Raina Anjang berkata penduduk kampung menyedari kejadian itu apabila mahu ke bandar Gua Musang kira-kira 7 pagi dan perlu menunggu sehingga 3 petang untuk air banjir surut.
Di Negeri Sembilan, seramai 308 orang daripada 72 keluarga terjejas akibat banjir kilat di beberapa kawasan iaitu Kampung Jimah Lama di Port Dickson; Kampung Bemban di Seremban; Kampung Sega Hilir dan Kampung Sega Hulu di Rembau; dan Kampung Janging di Chuah, Port Dickson.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sembilan berkata 48 mangsa daripada tujuh keluarga di Kampung Jimah Lima dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Jimah manakala keluarga lain tinggal bersama saudara dan 290 orang dari Kampung Sega Hilir dipindahkan ke SK Sega Hilir.
Di Pahang, lima ekspatriat yang sedang bercuti di Taman Negara, Jerantut terkejut pagi tadi selepas kereta mereka tenggelam dalam banjir kilat berikutan hujan lebat.
Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Mazlan Hassan berkata lima kereta itu adalah antara enam kereta yang terlibat dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu. Satu lagi kereta adalah milik pekerja pusat peranginan di situ.
"Hujan berterusan menyebabkan fenomena 'kepala air' dari Sungai Kuala Tahan berlaku dan melanda kawasan itu mengakibatkan banjir kilat pagi tadi," katanya dalam kenyataan.
Mazlan berkata semua ekspatriat berusia antara 33 dan 52 tahun itu adalah dari Australia, Britain, China, Perancis dan Belanda, semuanya beralamat di Kuala Lumpur.
Beliau turut mengingatkan pelancong supaya sentiasa berwaspada dengan perubahan cuaca sebelum menyertai sebarang aktiviti air.
-BERNAMA
Bernama
Mon Jul 13 2020

Seramai 227 penduduk di Muar dan Tangkak dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air. -Astro AWANI

Lumba Kereta | Algeria anjur perlumbaan khas buat wanita
Algeria menjadi tuan rumah edisi kedua perlumbaan kereta wanita antarabangsa. Perlumbaan itu dilangsungkan bermula 25 januari sehingga 30 Januari 2023, melibatkan jarak 1,254 kilometer.

Hubungan Sulit Trump | Panel juri baharu mula dengar keterangan saksi
Pendakwa raya yang terlibat dalam kes bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah mendapatkan panel juri baharu bagi mendengar hujahan serta bukti berkenaan dakwaan Trump membuat pembayaran kepada seorang bintang filem lucah, Stormy Daniels bagi menutup mulut daripada mendedahkan hubungan seksual mereka.

Ekstradisi | Banduan Filipina dalang rompakan di Jepun
Kerajaan Jepun meminta agar kerajaan Filipina untuk mengekstradisi empat warganya yang juga banduan di negara itu. Ia selepas mereka didakwa terlibat dalam beberapa siri rompakan di Jepun yang dioperasikan dari penjara.

PNBCAP | Adaptasi iklim urban pertama di Malaysia
Think City menyasarkan sekurang-kurangnya pengurangan 1.5 darjah celsius dalam suhu di kawasan bandar dan lima hingga tujuh darjah Celsius di kawasan tanah tinggi menerusi pelaksanaan Pelan Adaptasi Iklim Semulajadi Pulau Pinang (PNB-CAP). Pengarah Urusannya, Hamdan Abdul Majeed berkata sasaran tersebut dijangka dicapai dalam tempoh enam hingga lapan tahun selepas rancangan.

Perubahan Iklim | Kerajaan Persekutuan tak boleh lawan sendiri
Kerajaan Persekutuan tidak dapat melawan perubahan iklim secara sendiri. Sebaliknya, menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, usaha tersebut memerlukan penglibatan semua sektor di negara ini termasuk orang awam, sektor swasta serta kerajaan negeri.

Industri Sawit | Malaysia-Indonesia kerjasama tangkis tohmahan EU
Malaysia akan terus menjalinkan kerjasama dengan Indonesia bagi menangkis tohmahan terhadap minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (EU). Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia dan Indonesia akan membincangkan undang-undang yang melarang penjualan minyak sawit dan komoditi lain yang dikaitkan dengan penebangan hutan.

Pengurusan Banjir | Kerajaan akan bina PPS tetap di sekolah kerap terkesan
Kerajaan akan membina dewan bagi menempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) kekal di lokasi sekolah yang sentiasa terkesan banjir. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dilaksana menerusi Smart Partnership antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pihak sekolah di seluruh negara.

Lantikan Nurul Izzah | Anwar terima teguran, akan beri penjelasan
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau terbuka menerima setiap teguran dan akan memberikan penjelasan berhubung pelantikan Nurul Izzah selaku Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepadanya. Menegaskan sekali lagi bahawa pelantikan itu dibuat tanpa sebarang bayaran, Perdana Menteri berkata beliau mahu Nurul Izzah memainkan peranan membantu kerajaan, termasuk memastikan ketelusan pentadbiran serta urusan perolehan tender kerajaan, berlaku secara teratur dan mengikut prosedur.

Politik | Tun Faisal sahkan dipecat UMNO
Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz mengumumkan beliau dipecat keahliannya dalam UMNO setelah hampir dua tahun digantung.

10 Berita Pilihan - (31 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Terbuka Perancis: Rangkul gelaran grand slam ke-22, Djokovic ikrar mahu tambah koleksi
Djokovic mengekalkan rentak cemerlang menewaskan Tsitsipas untuk menyamai rekod Nadal yang mencatatkan 22 kemenangan grand slam.

Novak Djokovic juara Terbuka Australia buat kali ke-10
Kejuaraan ini sekali gus mengangkat nama Djokovic sebagai pemenang grand slam terbanyak bersama Rafael Nadal

Junta Myanmar tarik balik pengampunan ahli ekonomi Australia Sean Turnell
Junta tentera Myanmar membatalkan pengampunan penjara seorang ahli ekonomi dan penasihat dari Australia yang dibebaskan tahun lepas dan telah pun kembali ke negara asalnya.

Tenis Terbuka Australia: Kisah dongeng Magda Linette
Pemain bukan pilihan itu mengetepikan cabaran bekas pemain nombor satu dunia, Karolina Pliskova 6-3, 7-5 di Melbourne.

Katak tebu gergasi sebesar bayi manusia dijumpai di Queensland
Amfibia itu dijumpai selepas seekor ular dilihat melintasi trek di kawasan hutan tersebut pada minggu lalu.

Tenis Terbuka Australia: Juara bertahan Nadal tersingkir awal
Rafael Nadal, bintang tenis Sepanyol dan juga juara bertahan, tersingkir awal pada pusingan kedua Terbuka Australia 2023 pada Rabu.

Tenis Terbuka Australia: Djokovic rasa amat disayangi, mulakan misi cipta sejarah
Novak Djokovic memulakan misinya di Melbourne untuk menyamai rekod 22 gelaran grand slam milik Rafael Nadal.

Tenis: Juara Grand Slam empat kali Naomi Osaka umum hamil
Pada minggu lalu, Osaka mengumumkan beliau menarik diri daripada kejohanan yang akan bermula pada 16 Januari di Melbourne itu.

Terbuka Australia: Pemain positif COVID-19 dibenar bertanding
Pemain tenis yang disahkan positif COVID-19 dibenarkan turun ke gelanggang Terbuka Australia, lapor dpa memetik ketua kejohanan Craig Tiley pada Isnin.

Polis Australia rampas wang tunai AS$1 juta, kokain, metilamfetamin di Sydney
Polis NSW mendakwa empat lelaki selepas merampas lebih 5kg kokain dan metilamfetamin serta wang tunai AUS$1.5 juta dolar.