awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
APEC: Permintaan elektrik di negara anggota diunjur melonjak menjelang 2060
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat disahkan pencetus utama insiden tanah runtuh Batang Kali

Sinar Harian
Sinar Harian
17/10/2023
10:34 MYT
Hujan lebat disahkan pencetus utama insiden tanah runtuh Batang Kali
Kerajaan Selangor bersetuju untuk menyahklasifikan laporan tersebut pada 5 Oktober lalu dan ia telah diserahkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk tindakan lanjut. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kejadian hujan merupakan faktor pencetus utama insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor tahun lalu sehingga meragut 31 nyawa.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia hasil dapatan analisis forensik Jawatankuasa Kumpulan Kerja Tanah Runtuh (JKKTR).
"Ia akibat daripada kombinasi jumlah hujan major bagi tempoh lima hari dan hujan Anteseden kumulatif 30 hari sebelum runtuhan berlaku yang mana masing-masing 118.6mm dan 444.8mm," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, hujan lebat itu telah menyebabkan kegagalan cerun sehingga mengakibatkan tapak perkhemahan meliputi Kawasan Hill View, Farm View dan River Side tertimbus dengan sisa runtuhan tanah sehingga berlaku kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.
"Siasatan tidak menemui bukti kukuh menunjukkan aktiviti antropogenik sebagai salah satu faktor penyumbang kepada kejadian tanah runtuh ini," ujar beliau.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, laporan forensik JKKTR telah dimajukan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kerajaan Selangor untuk dinyahklasifikasi bagi membolehkan hasil siasatan berkenaan dicapai oleh orang awam.
Kerajaan Selangor bersetuju untuk menyahklasifikan laporan tersebut pada 5 Oktober lalu dan ia telah diserahkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk tindakan lanjut.
"Laporan penuh JKKTR ini boleh diakses oleh orang ramai melalui laman sesawang Nadma, mulai 10 pagi esok," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#batang kali
#punca tanah runtuh
#hasil siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan