SHAH ALAM: Hukuman alternatif baharu yang akan menggantikan penjara sepanjang hayat bagi kesalahan tertentu perlu dikaji semula dengan mengambil kira implikasi bakal dihadapi.
Pakar kriminologi, Shahul Hamid Abd Rahim berpandangan, pemansuhan hukuman mati mandatori sebelum ini sudah memberi kesan emosi kepada keluarga mangsa kes bunuh yang mahu hukuman setimpal dengan perbuatan pelaku.
“Daripada (hukuman) mati mandatori, ditukar kepada penjara sepanjang hayat. Ia beri pengajaran kepada pelaku iaitu kesengsaraan yang berpanjangan.
“Namun implikasinya, kerajaan perlu menanggung kos makan minum banduan selagi dia ada dalam penjara. Itu antara pro dan kontra.
“Bagaimanapun ia perlu bergantung kepada kes-kes tertentu terutama kes jenayah berat seperti pembunuhan kejam. Keluarga mangsa teraniaya tetapi pelaku hanya menjalani hukuman penjara dalam tempoh tertentu, masih hidup sedangkan sebelum ini dia (dijatuhkan) hukuman mati mandatori,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, hukuman penjara sepanjang hayat yang menggantikan hukuman mati mandatori akan digantikan dengan hukuman alternatif baharu iaitu penjara bagi tempoh antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.
Dalam pada itu, Shahul Hamid turut memuji keputusan kerajaan yang tidak memansuhkan hukuman mati terhadap kesalahan berkaitan jenayah dadah.
“Kebimbangan terutama kepada pengedar dadah (kesalahan) 39B, aktiviti mereka akan lebih berleluasa, tidak takut untuk lakukan jenayah sama sekiranya tiada hukuman mati mandatori lagi,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 25 2023
Shahul Hamid turut memuji keputusan kerajaan yang tidak memansuhkan hukuman mati terhadap kesalahan berkaitan jenayah dadah. - Gambar Sinar Harian
Bekas pemenang kasut emas Liga Super doakan Faisal Halim
Ayron Del Valle titip kata-kata semangat buat Faisal Halim agar segera diberikan kesembuhan.
Kajian UNICEF: Aspek paling parah dalam kemiskinan
'Ranjau Sepanjang Jalan'', tinjauan berulang tentang impak kos sara hidup pasca pandemik terhadap isi rumah berpendapatan rendah di Kuala Lumpur', yang dijalankan UNICEF dari 14 Oktober 2023 hingga 16 November 2023. Bagaimana untuk mengenal pasti setiap dimensi dalam kemiskinan yang kritikal di Malaysia dan apakah persediaan yang perlu dilakukan?
Bersama Ketua Penyelidik, Kajian UNICEF, Dr Muhammed Abdul Khalid.
Bersama Ketua Penyelidik, Kajian UNICEF, Dr Muhammed Abdul Khalid.
Farhan idam Piala Dunia selepas lebih 15 tahun dalam skuad kebangsaan
Selepas lebih 15 tahun berada dalam skuad kebangsaan, Farhan Adam atau lebih mesra dengan panggilan Emon memasang impian besar untuk menjulang Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di hadapan peminat tanah ai
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan dolar AS kekal kukuh.
Lelaki sedar dari koma selepas 10 tahun
Sun Hongxia enggan berputus asa menjaga suaminya yang mengalami kondisi sedemikian selepas terkena serangan jantung.
Akaun 3 KWSP: Tahap celik kewangan pencarum perlu dipertingkat
Pencarum KWSP perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi agar tidak sewenang-wenangnya membuat pengeluaran caruman Akaun 3.
Tentera Israel adakan latihan tembakan di Golan Heights
Latihan itu berlaku ketika pertempuran semakin memuncak di pinggir Rafah dengan kerahan tentera Israel semakin bertambah.
AWANI Pagi: ASCI cabar minda pemain ‘scrabble’
AWANI Pagi bawakan perbincangan berkenaan pertandingan scrabble yang akan diadakan di Universiti Malaya.
Tukang rumah cedera tertusuk besi jatuh lori
Batang besi sepanjang 0.75 meter menembusi lengan dan terkena rusuk kiri Jamaludin Amin.
Wanita Israel tuntut pembebasan 130 tebusan di Gaza
Demonstrasi jalanan menentang kerajaan oleh keluarga dan penyokong daripada lebih 130 tebusan yang masih ditahan di Gaza masih diteruskan.
'Sebat, penjara individu yang buat panggilan palsu ancaman bom'
Undang-undang terhadap panggilan palsu perlu diperketatkan bagi memastikan individu yang bertanggungjawab dikenakan hukuman yang setimpal.