awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Speaker Parlimen Pakistan, Menteri Luar India berjabat tangan di Dhaka
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hukuman lebih berat terhadap LGBT sedang dipinda - Ahmad Marzuk

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
19/01/2021
06:12 MYT
Hukuman lebih berat terhadap LGBT sedang dipinda - Ahmad Marzuk
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata, hukuman sedia ada dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun, enam kali sebatan dan denda dilihat ringan.- Gambar fail
KOTA BHARU:Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri sedang dalam proses meminda Akta 355 bagi mempertingkatkan hukuman atas kesalahan membabitkan golongan lesbian, gay, bisexsual dan transgender (LGBT).
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata, hukuman sedia ada dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun, enam kali sebatan dan denda dilihat ringan.
“Kita tidak tolak kemungkinan untuk kita membuat pindaan terhadap kadar hukuman yang sedia ada supaya lebih memberi kesan.
“Setakat ini, Akta 355, kita mengenakan tiga tahun penjara, enam sebatan dan denda sebanyak RM5,000. Kita sedang dalam proses meminda Akta 355 bagi meningkatkan lagi hukuman,” katanya, di sini pada Selasa.
Katanya, setakat hari ini hukuman yang ada menggunakan enakmen sedia ada.
Akta 355 | Cadang pinda akta, hukuman berat kepada LGBT
Pada masa sama, beliau turut mengarahkan agensi agama dan jabatan agama negeri mempertingkatkan penguatkuasaan dengan mengambil tindakan tegas terhadap golongan berkenaan.
Ianya membabitkan tindakan ke atas individu yang berpakaian kurang sopan, bertentangan adat, bercanggah dan bercanggah dengan enakmen jenayah syariah di negeri-negeri
Ketegasan ini disuarakan susulan tiada ketegasan yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini, tambahnya.
Beliau juga pada masa sama berharap wujud kesedaran dan ingin berhijrah dari golongan berkenaan kerana program pemulihan dan sokongan disediakan oleh agensi agama.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#LGBT
#Hukuman terhadap LGBT
#Ahmad Marzuk
#PKP
#Islam
#syariah
#gay
#lesbian
#transgender
#Akta 355
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan