awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hukuman penjara warga Vietnam simpan bahagian harimau kumbang dikurangkan

Bernama
Bernama
25/10/2024
12:30 MYT
Hukuman penjara warga Vietnam simpan bahagian harimau kumbang dikurangkan
Hakim bagaimanapun mengekalkan denda RM300,000 atau 12 bulan penjara, yang dikenakan Mahkamah Sesyen terhadap Nguyen Van Tien. - Foto hiasan
PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang mengurangkan hukuman penjara seorang warganegara Vietnam daripada empat tahun kepada dua tahun kerana menyimpan 54 bahagian harimau kumbang tanpa permit khas pada tahun lepas.
Hakim Roslan Mat Nor, bagaimanapun mengekalkan denda RM300,000 atau 12 bulan penjara, yang dikenakan Mahkamah Sesyen terhadap Nguyen Van Tien.
Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun, denda RM300,000 atau penjara empat tahun jika gagal membayar denda, terhadap Nguyen yang mengaku bersalah melakukan kesalahan itu.
Dalam penghakiman setebal 34 muka surat yang dimuat naik di laman web kehakiman, Hakim Roslan membenarkan rayuan Nguyen untuk mengurangkan hukuman penjara, bagaimanpun menolak rayuan pihak pendakwaan untuk meningkatkan jumlah denda.
Hakim Roslan berkata hukuman pemenjaraan dua tahun adalah lebih sesuai berdasarkan fakta dan keadaan dalam kes ini.
Beliau berkata tempoh hukuman pemenjaraan atas kegagalan membayar denda yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen tidak mempertimbangkan kepentingan keadilan.
Dalam penghakiman beliau bertarikh 18 Okt lepas, Hakim Roslan berkata proses penghukuman adalah penting dalam satu prosiding jenayah.
"Ia adalah paling sukar dan memerlukan penelitian kepada prinsip penghukuman, fakta dan keadaan sesuatu kes. Ia tidak wajar dipengaruhi oleh sentimen atau pandangan orang awam terhadap sesuatu kesalahan," kata beliau.
Pada 24 Feb lepas Nguyen mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan menyimpan bahagian Harimau kumbang (Panthera Pardus), yang merupakan spesies dilindungi, tanpa permit khas di Taman Negara Pahang kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 12 Dis tahun lepas.
Dia menghadapi pertuduhan itu di bawah Seksyen 68(1) (b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Kedua-dua pihak kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Mahkamah Sesyen berhubung hukuman itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hukuman penjara
#warga Vietnam
#simpan bahagian harimau kumbang
#Nguyen Van Tien
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan