LABUAN: Hutan Simpan Kekal Kina Benuwa yang baru diwartakan di Labuan bakal menjadi pusat tumpuan ekopelancongan dan merangsang ekonomi tempatan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata, transformasi itu juga bertujuan memelihara hutan paya bakau yang tidak ternilai di pulau itu, berpotensi meningkatkan sektor perikanan di sekitar tanah lembap.
"Transformasi Hutan Simpan Kekal Kina Benuwa sebagai lokasi ekopelancongan di Labuan ialah usaha kementerian untuk menjana pendapatan bagi ekonomi tempatan, selaras dengan aspirasi Perdana Menteri yang ingin memberikan perhatian khusus kepada Labuan.
"Kami berjaya mewartakan lebih 60 hektar hutan paya bakau Kina Benuwa sebagai hutan simpan kekal tahun lepas.
"Sifat utuh hutan paya bakau menyediakan asas kukuh untuk transformasinya menjadi kawasan ekopelancongan dan pemuliharaan, sekali gus akan menyumbang kepada ekonomi tempatan," katanya pada sidang media selepas melawat Hutan Simpan Kekal Kina Benuwa, di sini, pada Selasa.
Nik Nazmi berkata, rancangan sedang dibuat untuk menubuhkan sebuah pejabat di pulau ini bagi mentadbir dan mempromosikan hutan simpan kekal berkenaan.
"Langkah itu dilihat sebagai kaedah strategik untuk menguruskan tapak ekopelancongan baharu dengan cekap," katanya sambil menambah keluasan hutan simpan kekal di Wilayah Persekutuan kini meningkat kepada 152.901 hektar, berbanding 84.62 hektar sebelum ini.
Nik Nazmi turut menyatakan komitmen kementerian untuk menjalin kerjasama strategik dengan Perbadanan Labuan bagi pengurusan hutan simpan yang berkesan.
Pada 26 Julai tahun lepas, beliau berkata pewartaan itu merupakan komitmen kerajaan ke arah pemuliharaan dan pemeliharaan hutan paya bakau, selaras dengan Rancangan Fizikal Zon Pesisir Pantai Negara II, dan merupakan hutan simpan kekal pertama diwartakan di Labuan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313). - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Nik Nazmi (empat, kiri) meletakkan papan tanda Hutan Simpanan Kekal (HSK) - Amaran Dilarang Masuk sebagai simbolik Pelantar HSK ketika membuat lawatan kerja di Hutan Simpan Kina Benuwa. - Foto BERNAM
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan
Seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova.
Buah-buahan Malaysia buat penampilan pertama di Namibia
Acara yang diadakan di kompleks diplomatik itu mempamerkan mangga harum manis, nangka, nanas MD2, jambu lohan dan limau bali.
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Seleweng Projek RM1.2 Bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selangor negeri kelapan terima pakai Akta 672 - Nga
Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di negeri itu.
Hutan Simpan Kekal Kina Benuwa bakal jadi hab ekopelancongan Labuan
Hutan Simpan Kekal Kina Benuwa yang baru diwartakan di Labuan bakal menjadi pusat tumpuan ekopelancongan dan merangsang ekonomi tempatan.