awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hutang isi rumah di Malaysia belum cecah tahap membimbangkan - Zeti

Bernama
Bernama
11/09/2013
09:04 MYT
Hutang isi rumah di Malaysia belum cecah tahap membimbangkan - Zeti
Hutang isi rumah di Malaysia belum mececah tahap membimbangkan dan masih lagi terkawal setakat ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Beliau berkata pinjaman tidak berbayar, yang kurang daripada dua peratus bagi sektor isi rumah, menunjukkan mereka yang meminjam layak mendapat kredit.
"Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat memantau pendedahan individu dan perniagaan hinggalah kepada konglomerat, justeru itu menerusi ini, kami melihat hutang lapuk atau pinjaman terjejas daripada sektor isi rumah, dan daripada sektor lain juga, berada dalam aliran menurun," katanya pada sidang akhbar selepas Forum Dasar Global AFI 2013, di sini, hari ini.
Zeti berkata bank pusat tidak bimbang dengan perkara itu kerana ia telah mengambil langkah berhemat yang perlu untuk mengekang aktiviti berlebihan ke sektor-sektor khusus.
"Kami percaya pada ketika ini ia terkawal. Kami melihat pertumbuhan pinjaman daripada angka berganda 12-13 peratus dan sekarang pada kadar lebih mapan sembilan peratus," katanya.
Sementara itu, menjelang mesyuarat dasar bulanannya esok, Gabenor Bangko Sentral ng Filipina , Amando Tetangco Jr, berkata ia tidak melihat sebarang keperluan untuk menukar pendekatan dasar kerana inflasi diunjur kekal dalam sasaran tiga-lima peratus tahun ini dan tahun depan.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#kredit
#pinjaman
#Zeti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan