Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2014 adalah sebanyak RM568.9 bilion atau 52.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Perdana Menteri berkata daripada jumlah itu, 97.1 peratus atau RM552.7 bilion adalah hutang domestik, sementara bakinya RM16.2 bilion atau 2.9 peratus merupakan pinjaman luar pesisir.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kedudukan hutang kerajaan itu kekal terurus di bawah 55 peratus daripada KDNK dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Najib berkata hutang Kerajaan Persekutuan tahun lepas adalah sebanyak RM547.6 bilion atau 54.7 peratus daripada KDNK, manakala bagi 2012 pula sebanyak RM501.6 bilion atau 53.3 peratus daripada KDNK.
"Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan pada 2010 adalah sebanyak RM407 bilion atau 51.1 peratus daripada KDNK (dan) 2011 sebanyak RM456.1 bilion atau 51.5 peratus," katanya.
Najib berkata sehingga kini, kerajaan telah membayar balik semua hutang dan bayaran khidmat hutang dengan teratur serta mengikut jadual.
Beliau berkata ia merupakan hasil daripada pengurusan hutang secara berhemat apabila pinjaman dibuat hanya untuk membiayai perbelanjaan pembangunan dan setelah mengambil kira kemampuan membayar balik.
"Bayaran khidmat hutang, yang merujuk kepada bayaran faedah ke atas pinjaman merupakan bayaran tanggungan mandatori yang perlu diberi keutamaan.
"Bayaran khidmat hutang dijangka kekal terurus pada 10.3 peratus daripada hasil, masih jauh di bawah paras 15 peratus seperti yang ditetapkan dalam peraturan pengurusan fiskal," kata beliau.
Bernama
Tue Oct 28 2014
Najib Razak berkata jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2014 adalah sebanyak RM568.9 bilion atau 52.8 peratus daripada KDNK
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.
Bapa campak anak dari bumbung pusat beli-belah enam tingkat
Kerana gagal lunas hutang akibat ketagihan berjudi, seorang bapa sanggup lempar anak sendirinya sebelum terjun bersama-sama dari tingkat enam.
Mati dibunuh kerana hutang RM2,500
Akibat hutang RM2,500, seorang lelaki warga Myanmar dibunuh rakannya dalam kejadian di Kepong, di sini Selasa lalu.
Hutang: Farah Lee bersuara, dakwa hanya khabar angin, bakal ambil tindakan undang-undang
Menurut Farah, tiada sebarang bukti bertulis yang berjaya dikemukakan oleh pihak yang mendakwa arwah bapanya berhutang sebanyak RM130,000.
Akta Insolvensi (Pindaan) bantu keluar daripada kegelapan muflis
'Dasar peluang kedua' menyasarkan pelepasan hingga 130,000 individu bankrap, bertujuan memberi kehidupan lebih baik kepada kelompok berkenaan.
Gara-gara hutang, lelaki parah ditikam
Gara-gara hutang, seorang lelaki parah akibat ditikam menggunakan senjata tajam dalam pergaduhan di sebuah pasar awam di Pulau Pinang pada petang Rabu.
Polis siasat insiden pergaduhan dipercayai disebabkan hutang
Polis berkata mangsa dan suspek telah tampil membuat laporan polis berhubung insiden itu.
LAPORAN KHAS: Pemaju senang lepas tangan, pembeli rumah merana 'diburu' ah long
Untung jutaan ringgit mungkin sudah dikaut oleh pihak pemaju, pembeli pula ditinggalkan dengan hutang yang berganda-ganda.
Aliff Syukri tuntut bekas menteri bayar hutang puluhan juta
Aliff mendakwa, beliau berkali-kali cuba menghubungi individu tersebut, namun sehingga kini masih tiada respons.